Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Kitab Pusaka


Kata Aluan

Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah yang satu, selawat dan salam ke atas imam para muttaqin dan pemimpin kepada para mujahidin iaitu junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga baginda serta orang yang mengikut baginda hingga hari akhirat.
Dengan kebesaran, kasih sayangMu,Ya Allah, aku mohon padaMu agar Kau hulurkan taufik dan hidayahMu, serta bimbinglah aku dalam usaha menyusun "Kitab Pusaka Gerak Laksamana" ini, semoga tidak menyeleweng dari kehendakMu Ya Allah.


Di dalam kitab ini terkandung amalan zikir (wirid) dan doa yang memberi manfaat kepada pengamalnya dunia dan akhirat.
Wahai murid-murid ustaz yang dikasihi, beramallah dengan tekun. Semoga kamu beroleh faedah dan terselamat dari bencana dunia dan akhirat.


Apabila beramal dengan "Kitab Pusaka Gerak Laksamana" ini, hendaklah kamu pelihara akhlak/ 7 pancaindera, baiki hubungan dengan Allah s.w.t.,/ hubungan dengan guru (khalifah)/ ibubapa/ manusia.Selalulah bersikap sabar/ sangka baik sesama makhlik/ jangan gopoh, banyak berfikir sebelum bertindak terhadap sesuatu.
Ya Allah, berkatilah usaha hambaMu ini yang kini menjadi kadamMu Ya Rabbi, Ya Rahman.


USTAZ AZAM AL-QADARIAH.


Pengasas

USTAZ AZAM
Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.
(Khalifah Perang Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia yang bergelar Dato' Panglima Besar Panji Alam)

Perhatian:-
Jika anda mengasihi guru anda, apabila membuka posting ini hadiahkan 1x Al-Fatihah kepadanya.



Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang Darul Makmur. Datuk sebelah ayah dan ibunya merupakan orang lama dalam alam persilatan dan moyang beliau Sultan Abdul Jalil yang berasal dari Sumatera merupakan orang kuat dalam dunia silat dan alam kerohanian. Mungkin kerana Takdir Allah S.W.T. atau memang kerana pertalian darah pendekar yang telah mengalir didalam tubuh pengasas Seni Silat Gayong Maarifat, membuatkan beliau tertarik hati untuk meneroka alam persilatan melayu dan dunia kerohanian sehinggalah beliau merasa bersedia untuk menerajui perguruan sendiri bagi mendidik anak bangsa melayu dan nusantara untuk mengenali dunia persilatan melayu.

Maka telah tercipta dalam sejarah persilatan melayu pada awal tahun 1990, lahirlah sebuah perguruan silat yang dinamakan "PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT" dan rasmilah Ustaz Shamsulazam bin Zulkifli atau dikenali dengan nama Ustaz Azam dilantik sebagai Khalifah Perang Seni Silat Gayong Maarifat dengan membawa gelaran DATO' PANGLIMA BESAR PANJI ALAM.


Sejarah


Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia telah diasaskan oleh Ustaz Azam pada awal tahun 1990-an di Bentong, Pahang Darul Makmur.

Seni Silat ini merupakan gabungan dua jenis aliran persilatan dari Sumatera dan Demak, Jawa Tengah yang dipelajari oleh Ustaz Azam sewaktu zaman mudanya. Aliran dua persilatan yang dielajari ini merupakan dua jenis silat tua di daerah masing-masing.

Oleh kerana silat ini banyak menggunakan kaedah kebatinan atau kerohanian dan tenaga dalam di samping konsep tawakkal kepada Allah yang sangat dititikberatkan oleh Ustaz Azam dalam setiap gerak silatnya, maka Ustaz Azam telah mendapat ilham untuk menamakan silat ini, Seni Silat Gayong Maarifat.

Gabungan seni silat dari Sumatera dan Demak, Jawa Tengah telah menghasilkan suatu aliran silat yang canggih, mendidik, mendisiplinkan murid, mendekatkan diri kepada Allah serta unik. Pegangan akidah ahli perguruan ini tidak lari dari fahaman ahli sunnah waljamaah dan mentauhidkan Allah.

Insya Allah anda akan diberkati Allah kerana menyertai Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.


Tujuan Dan Matlamat


1. Menghidupkan dan mengembangkan warisan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia kepada masyarakat dan menaikkan tarafnya di mata dunia.

2. Memupuk dan memelihara nilai-nilai kesenian persilatan dan budaya melayu yang bersesuaian.

3. Membanteras serta membasmi kepercayaan tahyul dan kurafat yang tidak bersesuaian dengan iktikad Islam.

4. Menanam sifat Berdikari, ketahanan mental dan kecergasan diri.

5. Mempertinggikan dan menghalusi nilai-nilai akhlak yang sempurna dan terpuji serta berperibadi tinggi.


Sumber: Kitab Pusaka Gerak Laksamana: 2001

101 comments:

Anonymous said...

lau bley......mcm nk tlg settingkn laman web ni..lau smua ahli gm da kumpul dlm chatroom,mesti meriah..he3..-sribayu-

Anonymous said...

ermm nk tanye...dlm gm, ade peringkat x cm tahap-tahap tertentu...cthnye misalan sy masuk gm, sy akn brmule dr bwh..tuk smpai thp guru...ade x ujiannye dan bagaimne tuk kite smpai thp tu..

Anonymous said...

ermm stu g ley x..sedia kn ruangan tuk mendownload lagu-lagu yg merangsangkan pergerakan silat....minta maap krn mngeluarkn stu cadangan yg kurg munasabah...tp mngikut pandangan sy, tuk mnarik minat ahli baru...kite kne mmperlihatkan seni silat yg indah ni...Insya Allah sekirenye sy ade cadangan g..sy akn usul kemudian k

Anonymous said...

salam buat semua ahli PSSGMM, belajarlah ilmu dan fahamilah ilmu

Anonymous said...

dulu ada download lagu silat, tp dh buang...

Anonymous said...

hmmm..ada lagu silat mp3 lagi baguskan....
saya hendak bertanye dijohor bahru...dimanakah pusat gayong maarifat...tolong infokan kepada saya...kerana saya hendak merapatkan lagi silaturahim....

Anonymous said...

Wahai murid-murid ustaz yang dikasihi, beramalah dengan tekun yaini amalan yang soleh, bukan amalan yg sia-sia seperti sesuatu perbuatan yang terjerumuskn kamu kelembah kealpaan,keterpedayaan yg sengaja direka.

Anonymous said...

salam sejahtera buat insan sekalaian.. sy ingin ajukan soalan kpd pihak ssgm. mari pembaca2 semua renung besama soalan ini.. soalan 1:-apakah pengisian dlm ssgm ini?

Anonymous said...

soalan 2:-mengapa kita perlu kebal dan hebat sedangkan Rasulullah sendiri x kabal?

Anonymous said...

soalan 3:-Allah telah jdkn kita dlm keadaan fitrah seorg manusia yg punyai jasad apabila ditetak bedarah, dipukul sakit.tidskkah ini bertentangan dgn hukum kejadian manusia yg x kebal? bagaimana pula dgn hukum Allah?

Anonymous said...

soalan 4:-dlm mempelajari ssgm ini, apakah niat pertama di hati anda semua?

Anonymous said...

soalan 5:- kini yg tinggal hanya sunah Rasulullah dan Al-Quran.. Pernah x Rasulullah ajarkan pd kita ilmu kebal dan sewaktu dgn nye?
sekiranya ada, ape buktinya? dimana kedudukan diri anda sekarang?

Anonymous said...

aoalan 4:-manusia suka pd kecantikan ape saja, semua itu menjerumuskan kpd riak,takabur, sombong yg membawa kpd lupa diri.kemudian bertindak dgn menunjuk dan ingin ditonjolkan pd org lain..semua itu mengikut hawa nafsu hasil jolokkan syaitan..apakah jaminan anda yg berwajib sekiranya ada diantara ahli anda yg pergi jauh lebih sesat? anda sanggup jwb soalan kubur nnt sedangkan snda bertanggungjawab?

Anonymous said...

soalan 6:-untuk ape kebal ek? kenapa mesti kebal?

Anonymous said...

soalan 7:- jgn anda terpedaya dgn janji2 syaitan iaitu kemanisan dunia. anda diperdaya dlm silat diselitkan dgn kekebalan hasil pertolongan jin dan doa2 jin itu.. anda tahu bhwa Rasulullah yg maksum tu x kebal tapi kenapa anda x boleh memikirkannya? Fikirlah wahai insan2 sekalian, nilailh siapa diri anda dgn nabi Muhammad? sekiranya dia tidak kebal, inikan pula kita. kn?

Anonymous said...

soalan 8:- (Allah Maha Esa) erti kata bg seorg insan adalah. mengesakan diri kepd Allah.hanya kpd Allah lh kita meminta petolongan dan ape jua segalanya hnya kpd Allah bukannya selain dr Nya.
disini kata punyai akal fikiran dan hati. sudah tentu kita boleh menilai yg mana 1 pertolongan Allah dan yg mana 1 pertolongan jin. jd,bagaimana dgn niat anda ahli ssgm?

Anonymous said...

soalan 9:-meminta bantuan jin supaya jd kebal adalah perbuatan yg menduakan Allah. sedangkan Allah jdkan kita x kebal pn sepertimana Rasulullah..adakah anda sanggup jd bahan bakaran api neraka sebagai balasan anda menggunakan khidmat jin? cuba anda ssgm fikir guna akal,fikiran dan hati..anda sanggup jwb soalan2 kubur kelak? adakah anda bajet boleh mlepasi titian siratulmustakim?

Anonymous said...

soalan 10:- yes! silat yg terbaik adalah silatulrahim bukannya silat sape kuat?, sape kebal?, sape yg lebih taksub guru dr taksub Allah? sape yg nk tunjuk2 kt org lain smpai masuk tv? sape yg pandai2 mintak tlg jin jd kuat kebal gaban? last sekali binasa diri. time 2 lh baru kenal diri 2 sape? oh! rupanya itu tipu daya iblis dgn tentera2nya memperdayakn cucu adam hingga menjadi kufur..

Anonymous said...

renung2kan dan selamat beramal soleh, bukan amal sia2. ingat..

Anonymous said...

ingat para pembaca! syaitan,jin,iblis sentiasa berdoa pd Tuhan supaya anak cucu adam ini jd kufur dan sesat. sesungguhnya mereka ber3 telah diberi tangguh hingga hari kiamat dgn tujuan mmperdaya dan mnyesatkan cucu adam.. mereka sangat licik,halus, dan lebih terpeinci dr kita.
dan doa mereka juga makbul diatas kesilapan kita.

Anonymous said...

Assalammualaikum..sy tinggal di salak tinggi,sepang s,gor.di gelanggang mana sy leh belajar GM.

Anonymous said...

Salam.....Saya dari AS, PSSGMM ni yang sebenarnya silat yang macamana. Adakah macam silat2 biasa atau silat yang mengamalkan jampi dan sebagainya. Ini kerana anak buah saya ada menceritakan yang ahli PSSGMM mampu buat macam2, kkadang cam xleh masuk akal. Moga pnjlasan ini dptlah membantu kami sklorga memahami dgn jelas.

Anonymous said...

GM

Anonymous said...

WAALAIKUM SALAM.
SAYA TERPANGGIL UNTUK MENJAWAB APA YANG BERLAKU DALAM KOMEN TUAN2.
DALAM BLOG GM YANG LEPAS ADA JUGA PIHAK YANG MENULIS ARTIKEL2 YANG SEBEGINI.SALAH SATU SEBAB MENGAPA BLOG GM TERSEBUT DIMANSUHKAN..TUAN2KENAPA PERLU MENUDING JARI.SEJARAH MELAYU MELAKA YANG BERJAYA MELUASKAN EMPAYAR MELAKA HINGGA KE SELURUH KEPULAUAN NUSANTARA.ANTARA PUNCA KERUNTUHANNYA.PEMBESAR BERTELAGAH ,RAKYAT BERPERCAH DAN TANAH MELAYU DIJAJAH 446TAHUN 7ARI..ADAKAH TUAN2MAHU DIJAJAH LAGI.MAHU JADI MCM AFGANISTAN DAN IRAQ SILAKAN..NEGARA KITA ADA RAJA BERDAULAT.PERNAH TENGOK FILEM HATI MALAYA?
PERTIKAIAN DIATAS ADALAH BERKISAR TENTANG ILMU GM.SAYA CUBA TERANGKAN..JIKA TUAN2ORANG TASAUF,AGAMA,SILAT,MELAYU.CUBA RENUNG KEDALAM DIRI..JIKA TUAN2 ORANG TASAUF ADAKAH TUAN2 MENJAGA HATI SEBAIK MUNGKIN.JIKA TUAN2 SEORANG AHLI AGAMA ADAKAH TUAN2 MENJAGA SAUDARA YANG SAMA2 BERSHAHADAH MCM TUAN2.JIKA ORG SILAT ADAKAH TUAN2 PENAH BERLAJAR SILAT DAN MENJAGA KEKUATAN DAN KETUANAN MELAYU?
ADAKAH TUAN2SUDAH HABIS BELAJAR KESEMUA ILMU2 YANG ALLAH TURUNKAN ?
SEJARAH SIRAH RASULLULLAH DALAM PEPERANGAN KHANDAK.RASULULLAH MINTAK ALLAH TURUNKAN RIBUT.KETIKA RULULLAH HENDAK BERHIJRAH KE MADINAH.RASULULLAH PUKAU KAUM MUSHRIK.KETIKA NABI IBRAHIM DIBAKAR,BELIAU MINTAK DISEJUKKAN.KEBAL@TIDAK?RASUL MAKSUM DAN NABI ADALAH KEKASIH ALLAH.SYAITAN ADALAH LAKNATULAH.KALAU YANG DILAKNAT BOLEH HEBAT..KEKASIH ALLAH TAK HEBATKAH?RASUL2 MEMPUNYAI PENGERTIAN KALIMAH SHAHADAH YANG TINGGI HINGGA SAMPAI KE TAHAP HAKKUL YAKIN..JIKA ADA AHLI GM KATA BOLEH BUKTIKAN INI DAN ITU.MINTA DIA BUKTIKAN.TAHU SEDIKIT DAH TAHU SEMUA.. TUAN2RUJUK GURUNYA BARU TAHU.ADAB BELAJAR KENA JUMPA GURU..JANGANLAH TUAN2 TERLALU EMOSI.SABAR ADALAH BENTENG PERTAHANAN YANG KUKUH..KALAU TUAN2 MENYATAKAN ILMU TUAN2 YANG HEBAT ,KENAPA MASIH TERASA CEMBURU TERHADAP KURNIAAN ALLAH PADA ORANG LAIN.INI BERMAKNA ILMU TUAN2 MASIH DITAHAP YANG MASIH TIDAK MEMUASKAN..KALU ORANG KAFIR TUNJUKKAN KEBAL KEPADA TUAN2 KERANA SEMBAH BERHALA.MANA MARUAH TUAN2 YANG MENYEMBAH TUHAN SEKALIAN ALAM..WALAUPUN KITA BERBEZA IDOLOGI DAN FAHAMAN POLITIK,JGNLAH KITA BERGADUH.
AHLI GM BUKAN MAKSUM TUAN2..GM ADALAH WADAH PERJUANGAN KAMI,,TUAN2 DAKWAH LA DENGAN CARA MASING2,TETAPI JANGANLAH SAMPAI MENSYIRIKKAN..
BAK KATA DATO LAKSAMANA.TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA..JAGALAH PERSAUDARAAN ANTARA KAUM DAN KEHARMONIAN NEGARA.MOHON MAAF JIKA TERSALAH BICARA DAN KATA..ASSALAMUALAIKUM..

PETUNJUK MELEWAR..///

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Nak tanya kepada para penggiat Seni Silat Gayong Makrifat ni.Adakah kandungan Kitab Pusaka Gerak Laksamana(Rahsia Ibu Gayung)yg berkulit Hijau dan berilustrasi tu sama dengan kandungan Kitab Pusaka Gerak Laksamana Gayong Makrifat yg lama yg lebih nipis tu.Masa saya belajar silat ni tahun 1990an dulu,kitab yg saya dapat nipis saja.Adakah ibu gayong yg dimaksudkan adalah amalan doa kalimah silat gayong Makrifat.Jika kitab yg baru tu mengandungi banyak lagi kandungan ilmu,bagaimana saya sebagai ahli yg tidak aktif boleh mendapatkannya.

Harap ada yg dapat menjawabnya.
Sekian.

hamba Allah said...

KPD ANONYMOUS,ANDA TLH SLH FHM. DLM PSSGMM,TIDAK WUJUD PERKATAAN'KEBAL'...anda mgkin akn menjthkan matabat PSSGMM. saya dr sarawak,ahli yg tlh diijazahkan. dlm ksemua amalan,hnya brkonsepkan mentauhidkn Allah yg esa. tujuannya utk mlindungi diri dan org2 yg memerlukan dpd ilmu2 jahat dan syaitan durjana

Anonymous said...

Kepada Anonymous yg telah salah faham.....sy harap kalian semua dapat mempelajari ilmu ALLAH S.W.T.....sesungguhnya ilmu ALLAH S.W.T sungguh luas....fikirlah dulu sebelum menuduh.....INGAT!!!!RASULULLAH TIDAK PERNAH MENGAJAR UMATNYA MENUDUH...Salam Pengenalan...

Anonymous said...

pelik laa dengan orang jawab soalan ni. tanya lain jawab lain.

salam85 said...

http://www.bio-asli.com/?id=salam85

Anonymous said...

Assalamualaikum kpd semua yg mnjunjung Agama yg telah dwahyukan kpd Nabi Allah Muhammad S.A.W iaitu agama Islam.Saya percaya apa yg dibawa oleh PSSGMM adalah betul, kerana mengEsakan Allah yg 1, dn mengikrar bhw Nabi Muhammad itu pesuruh Allah nabi yg pengakhiran.Saya ingin menarik perhatian para pelawat utk mmbaca blog ini,sila klik disini >> http://www.dinar-emas.com/vatican.html
setelah baca lihat lah betapa hebat nya perancangan Yahudi dn kristian utk menghapus umat Islam. Dimanakah kita.tepuk dada tnya hati. sya melihat PSSGMM adalah slah satu diantara pertubuhan yg boleh diketengahkn dlm usaha memerangi musuh2 Islam. berigtlah bhwa akn smpi msa dajjal akn munculkn dikhalayak ramai, yakjut dn makjut akn keluar dr penjaranya, Dimanakah kekuatan yg dpt melawan mereka ini selain dr iman dn kelebihan dn ilmu dr Allah taala.Fikir2kn lah, klo mempersoalkan ttg ilmu sesorg, brtanya lah dahulu kpd Tuan Guru, agr segala kemusykilan dpt dipermudahkan.Wallahhualam.

Anonymous said...

tak ada orang ke yg boleh jawab tentang kitab pusaka tu?

Anonymous said...

salam
knp laman web ni mcm x diupdate je

Anonymous said...

ada tak gelanggang silat gayung makrifat kt prt buntar atau nibong tebal, sy minat nk pelajari nya..sila tinggalkan no telefon....tq

Anonymous said...

mcm mane nk jd ahli gm,,,sbb sy bminat nk pelajari silat nie

Anonymous said...

assalamualaikum...
saya bminat nl join gm,sy asal phg.tapi msh plajar...mcm mne nk sertai gm??? yuran? tmpat? ada tmpoh ttntu ke utk blajar?sbb sy msh terikat dgn jdual bljr....ada sediakan asrama?

Anonymous said...

Askum..sya nk tya dekat penang ada x gelanggang silat gayong maarifat??? dekat area mn?? siapa yg boleh sya hubungi??

Anonymous said...

ada..di seb jaya

Anonymous said...

kepada yang bertanya ttg kitab...saudara harus faham..kitab itu hanya menyatakan amalan2 yang boleh kita amalkan namun saudara hendaklah beramal secara berguru..bukan hanya baca dan beramal tanpa memahami yang tersirat di balik yang tersurat..budak sekolah pun ada buku teks..tapi kalau takde guru yang menerangkan isinya..bolehkah budak2 tu memahami dgn sendiri..

Anonymous said...

ada tak ilmu gm yg ekspress, maksud saya buah silat yg boleh belajar dalam seminggu ke..sy dah bekerja, xda masa la nak belajar lama2...

Jugras said...

SILAT...SHOLAT...SILATURRAHIM...

Anonymous said...

assalammualaikum.............saya muhammad 'ulya bin khairuddin tertarik dengan silat ini saya harap tuna bleh masukkan sya dlam silat tu yep........insyaallah.......

Anonymous said...

Boleh terangkan kan pada saya apa yang tuan faham tentang kebatianan dalam bentuk akidah ,shariat dan aklak mingikut islam. Yang saya tahu nabi diberi iras dan mukjizat tok wali diberi karamah dan maunah semua tu tak ada latihan hanya serah pada allah .Hanya sihir dan silap mata saja yang ada dalam latihan seperti tuan lakukan. Yang saya tahu nabi serah pada allah dan malaikat bantu tak ada dalam cerita nabi walaupun sahabat yang lepas mengucap boleh tetak tak masuk ... sebab saya dulu ahli lama dari mana saudara amik benda nih. Kalau saudara nak sesat sesat lah sorang 2 jangan bawak orang lain sekali. tuan salah guna ayat al-quraan sila balik kepangkal jalan. Bila suatu ayat al-quraan dibaca dengan kerap untuk sesuatu yang hebat dan bukan untuk mengtauhid akan Allah jawab nya sesat. Tok guru dan murid nya baca suatu wirid dengan kerap untuk jadi hamba bukan jadi panglima. Kalau tuan tak percaya ... tuan buat solat hajat mintak kebenaran jika tuan benar saya hancur dan kalau saya benar tuan fikir lah sendiri atau tuan kan boleh pukul dari jarak jauh ( nabi dan sahabat tak penah buat) lepas solat hajat tu hantar mai kat saya niat hancur kalau saudara betul ... sebab nabi kata antara doa yang makbul nya ialah doa orang yang terinaya. Jika tuan duduk di tempat benar saya akan hancur tapi kalau ... fikir lah sendiri. Semoga tuan kembali kejalan benar .. maaf saya terpaksa cakap kasar supaya tuan faham tuan ada dimana sekarang... sebab saya bekas ahli tuan dan terima di gombak pada tahun 2000 dan saya keluar lepas saya tahu pertubuhan tuan berbeza dari apa yang nabi ajar

Anonymous said...

kepada yg menjawab pasal pertanyaan saya pasal kitab tu,saya raya tuan dah keliru.Saya bertanya adakah kitab tu sama dengan kitab yg saya dpt dulu(zaman 90an).Saya ni murid lama Gayung Makrifat.Cuma nak tahu dan nak sambung ilmu.Kenapa pula lain yg ditanya lain pula yg dijawab bab kena bergurulah apa lah.Cuba jawab yg ditanya kan jelas.

Anonymous said...

jgn mudah jatuhkan hukuman sesat berdasarkan pemahaman sendiri..
-786-

Raden Aria & Dang Ratna said...

Assalamualaikum...
kepada saudara/saudari yang bertanyakan mengenai Kitab Amalan Gerak laksamana berwarna hijau itu adalah keluaran terkini pada tahun 2009. Ada yang sama dengan yang dahulu. Cuma pada zaman sekarang saya difahamkan pembatasan telah dilakukan. Setahu saya pada zaman dulu ada yg ambil wirid/amalan 15. sekarang berbeza...semua tahap adalah Amalan 7 dan sekarang telah dikecilkan lagi bagi peringkat paling asas.

Sebarang pertanyaan terkini daripada ahli boleh msg pada 014-7351335( Dang Ratna/Setiausaha Kerja Dewan perguruan dan Adat Istiadat)kalau kenal dengan orang lama boleh msg dengan Datuk Bijaya Setia (dahulu dikenali sebagai cikgu Amir no hp017-6313986)
atau Datuk Bija Sura (dahulu dikenali sbg Ustaz Ibrahim no hp 014-5907927)

Sekian, menjunjung budi dan kasih
IKHLAS AMANAH BERANI

DANG RATNA SRI DEWI

Anonymous said...

anak-anak Gayong Maarifat tidak pernah diajar untuk jadi hebat...kerana inti ilmu Gayong Maarifat itu YANG HEBAT ITU CUMA ALLAH.

Anonymous said...

assalamualaikum..saya nak bertanya mksud 7 petala langit dan 7 petala bumi..ada sesiapa dapat menerangkan x mksud tersebut?

Anonymous said...

Terima kasih atas jawapan Tuan mengenai kitab tersebut

Anonymous said...

pelik lah.....

Anonymous said...

sapa yg tlis kitab tu?

Anonymous said...

knapa mahal sngt klu nk msuk gayong maarifat ni? x mmpu den

Anonymous said...

7lapisan langit .. dan rhsia Allah s.w.t
7lapisan bumi .. jua yg terselindung rahsia nya .. wallahu alam..

Anonymous said...

siapa kata mahal ?? 60rm/140rm(dewasa) seumur hidup.. smata2 utk saluran pgurusan pndaftaran.. dah cukuo murah la tu.. sebabnya manusia bila mendapat sesuatu dgan mudah maka dia pasti tidak mghargai dan brsyukur dgannya.. wallahualam...

Anonymous said...

mengapa mudahnya menjatuhkan hukuman sesat walaupun telah mengaku ahli lama?zaman nabi dulu xnaik kereta, tidakkah kita dikatakan sesat kerana menaiki kereta krn nabi xpernah buat...mengapa mudah katakan sesat krn beramal wirid ayat suci...kalo belum cukup ilmu,atau belum tamat belajar, jgn lah xperlulah jatuhkan hukuman, cermin diri sendri dulu sebelum suluh org lain...wallahualam.....

Anonymous said...

salam kepada semua

orang tua tua pernah berkata kalau mencari ilmu biarlah berguru...dan ilmu itu tidak terbatas...dan guru ada bermacam guru...carilah yang berkat...kalau sudah berguru jgn dianggap diri penuh ..kerana itu tanda lemah .....tidak salah belajr berbagai ilmu cuma unutk pengetahuan....kalau baik amalkan kalau yg salah kita hindarkan....berbalik kepada yang asal.....kalau amalan dibuat tanpa ilmu hanya sia sia... tapi kalau berilmu tidak diamalkan hanya kerugian.....beramal jgn diharapkan balasan kerna riak akan muncul... kalau dipinta dan pohon nescaya Allah akan kabulkan cuma kita kena bijak mengunakan itulah pentingnya ilmu...akhirnya berbalik pada hati....kalau ikut hati mati....tujuan asal perlu diperhati....cari ilmu unutk mengerti .....sebelum kenal Allah kenal lah diri sendiri......bila kabur cari yang asal berpegang balik pada syariat...kerna syariat itu tunjangnya ilmu.....jgn mengata atau menghina kerana balik diri sendiri...jangan kita jadi berbalah... tiada lebih nya kita dari yang lain....hanya Dia yang lebih tau...ada bermacam jalan untuk kenal tapi yang akhir balik ke satu jalan......

Azinuddin92 said...

Assalammualaikum

Saya mewakili guru saya ingin memberitahu kepada anda yg teringin menjadi ahli gayong maarifat di negeri PERLIS, sila hubungi saya azinuddin di talian 017-5289737 / facebook - padukasky_92@yahoo.com

kepada ahli lama diharap dapat berhimpun kembali di gelanggang dan silat gayong maarifat HIDUP KEMBALI di PERLIS.

All PTC said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum saya berasal dari Alor Setar Kedah dan saya sangat berminat untuk mempelajari PSSGMM ini sejak dari sekolah lagi hinngga sekarang berumur 23 tahun..
Saya ingin bertanya dimanakah gelanggang di Alor Setar, Kedah dan apa prosedurnya utuk menyertai..
Diharap saudara sekalian yang serumpun denganku memberi penjelasan..
mwajdi88@gmail.com

Anonymous said...

salam..
boleh sy dapat no tel ustaz anas dr taman sejati sungai petani kedah..

Anonymous said...

Kalau ada yang kata kebal, kalau boleh aku nak tembak dengan bazuka.

kalau ada yang kata pandai , kalau boleh buat lah yang serupa macam Al~Kitab.

kalau ada yang kata aku yang terbaik , boleh tolong jelaskan kenapa dan mengapa kamu tak dipilih menjadi seperti penutup yang terdahulu.

Dan kalaulah ada yang kata aku yang paling hampir dengan tuhan, mengapa kamu masih disini?.

Dan kalaulah ada yang kata aku tahu akan datang, mengapa hidup kamu masih mencari?.

Dan kalau ada yang mengenali tuhan, mengapa dan kenapa kamu tak masih tak kenal dengan musuh kamu?

Dan kalaulah ada yang kata sesuatu yang kamu bawa tak lari dari pengangan islam, mengapa dan kenapa tak di promosi(dakawah) kepada bukan islam?

sunguh manusia benar2, zalim lagi bodoh, jangan marah kerana kalian semua BODOH. Dan aku juga BODOH sebab itu aku bertanya kepada orang yang pandai. Dan sekarang masih ada lagi manusia yang kata diri nya PANDAI? sesiapa yang rasa pandai boleh jawab sebab aku tak nak jawapan dari yang bodoh.

Anonymous said...

silat nie memang berguna untuk kita

Anonymous said...

salam, saya berminat untuk menyertai PSSGGM ini. boleh saya bertanya, ada tidak cawangan di daerah Johor?

Anonymous said...

knapa ssgm ttup gelanggang kat taman bunga raya sedang kat pelajar2 masih ramai yg nk belajar...

Anonymous said...

Salam...Saya Kalawon Murut dari Sabah ingin menegur saudara2 yang asyik kutuk ni...klu sudah tak minat dgn GM tak perlu kutuk.Ini akan menumbuhkan rasa janggal di klgan sesama manusia.Kalau ragu maka tiada paksaan.Walaupun saya bukan ahli GM tapi sebagai peminat seni bela diri saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan..Setahu saya wirid2 yang diamalkan adalah sebagai usaha mendekatkan diri kpd Allah. Apa yg saya kaji,org yg banyak songeh ni biasanya adalah org yg tidak ikhlas dlm melakukan wirid kerana mungkin keciwa kerana dia tak kebal,tak hebat atau seumpamanya...jika ini berlaku saudara kaki kutuk ni sya rasa tak ikhlas dan balasan yg tak ikhlas ialah kerugian. Berhentilah mengutuk...kubur masing2 jgn buat hal dgn org lain...

Anonymous said...

Asslamualaikum..

boleh sy tahu kat mana lg cawangan GM kat terengganu?

exGM :D

Anonymous said...

Orang-orang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda mukjizat dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepadaNya", iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram. [Ar-Ra’d : 27 – 28]

Anonymous said...

Salam..Ade sesape yg tau di mane bekas guru kanan Atiq berade..t kasih

Anonymous said...

kenapa perlu bercakap pada perkara yg kita belum pasti...kerana yg pasti itu janji tuhan....
adakah kita sudah benar untuk menyalahkan orang lain...? ILMU....
kenapa perlu kita makan ubat sedangkan sudah pasti yg menyembuhkan itu hanya allah....?
tidak perlu untuk sumpah laknat sesama Islam kerna itu hanya hasutan syaitan supaya berdendam lagi menyesatkan umat Islam....

wallahualam....

Anonymous said...

Salam. Tuan, ada cwgn GM d Sabah tak. Dp Ranau Sabah

Anonymous said...

ni semua dah kene tipu kat setan...wahai guru gayong..kamu semua sudah sesat...bljarlah silat cekak,kerana cekak bebas dr unsur2 syirik...astagfirullah

Anonymous said...

rasulullah xajar semua ni..jgnlah kita kena tipu kat syaitan...iblis sgt suke pd semua ni kerana kita sudah ada perasaan riak dalam hati...

Anonymous said...

tgk lmbng gayong pn dah cukup..penuh dgn lmbng naga harimau..pe semua ni???nk tnjuk kekuatan msg2 atau nk samakan diri kita dgn binatang yg ada kat logo tu...lmbng Allah Muhammad yg mulia dcmpuradukkan bersama haiwan2 Iblis...sedarla,kita sedang ditipu oleh syaitan,sy harap pihak berwajib dpt ambil tndakan yg spttnya pd prtbuhan yg sesat,yg mnngunakan agama untuk kpntngn sndiri..moga Allah bg kita hidayah..

Anonymous said...

masyaallah...kenapa kite dengan mudah mengatakan sesuatu perkara sesat...zaman sahabat Rasulullah dulu pun dah ada yg digelar Singa Allah...singa tu bukan binatang ke...kenapa xnak pertikai perkara tu...sebenarnya apabila dalam ati msh ada titik hitam nescaya die tidak akan sukakan kebaikan...

Anonymous said...

Mukjizat, karamah, maunah, istidraj, sihir....belajar dan fahami...jumpalah para ulama n guru yang mursyid untuk mencari jalan keluar yg terbaik....semoga Allah membri petunjuk....rasullullah berpesan tidak akan sesat seseorang selagi berpegang kepada Alquran n sunnah.

Anonymous said...

anon 4th March 2012
masuk blog org, tegur macam pandai. pantat mak lu la. mcm tu ke tok guru kau ajar? Kalau tok guru kau ajar mcm tu, baik kau belajar dgn setan. kepala bapak kau la. porrahh!! PTUIIHH!!
nak ceramah konon.

Anonymous said...

bodoh punya forum....langsung tak ada faedah....

Anonymous said...

0100121210101210101012124010101111111011122122112221012102113131213131111111111124512111111111111111111111111541245424145142141414312431421431243124312431243124314214214145414044010012121010121010101212401010111111101112212211222101210211313121313111111111112451211111111111111111111111154124542414514214141431243142143124312431243124312431421421414541404401001212101012101010121240101011111110111221221122210121021131312131311111111111245121111111111111111111111115412454241451421414143124314214312431243124312431243142142141454140440100121210101210101012124010101111111011122122112221012102113131213131111111111124512111111111111111111111111541245424145142141414312431421431243124312431243124314214214145414044010012121010121010101212401010111111101112212211222101210211313121313111111111112451211111111111111111111111154124542414514214141431243142143124312431243124312431421421414541404401001212101012101010121240101011111110111221221122210121021131312131311111111111245121111111111111111111111115412454241451421414143124314214312431243124312431243142142141454140440100121210101210101012124010101111111011122122112221012102113131213131111111111124512111111111111111111111111541245424145142141414312431421431243124312431243124314214214145414044

Anonymous said...

11221221122210121021131312131311111111111245121111111111111111111111115412454241451421414143124314214312431243124312431243142142141454140440100121210101210101012124010101111111011122122112221012102113131213131111111111124512111111111111111111111111541245424145142141414312431421431243124312431

hamba allah said...

salam..kepada smue hamba allah, jgn la kte bergaduh berpandukn atas ketasuban pada sesuatu yg anda pelajari dan kemudian anda rasa yg anda blajar itu wajar di ikuti smue org, igt isu sape btul atau salah tidak perlu timbul kerana kte hanya hamba allah tiada hak lngsung untuk menentu kn jalan kte ke syurga, biala kte blaja untuk paham sesuatu melalui al quran dan sunah, kemudian klu ada yg salah sekali pun jgn sesekali anda terus melulu membuat kesimpulan dan menjatuhkn hukum mengatakn bahawa ia salah, anda perlu igt sebelum anda membuat sesuatu kesimpulan itu pun, saya yakin dan pasti anda hanya betanyakn kepada 1000 org guru atau saudara islam anda, sedangkn umat islam didunia kini mempunyai lebih kurang 1.6 bilion org, jdi apa yg cuba sy nk katakn adalah allah memberi setiap manusia nerlainan cara untuk menuju jalan yg satu untuk mencari keredhaan nye, tgk sahaja pada cara solat, klu di masjidil haram di mekah, ada yg solat sambil memegang al quran, jdi xkn kte nk kata dia salah, xkn kte nk ckp ayat2 atau surah mesti dihafal dulu bru bleh solat, jdi mcm mne pula yg mempunyai masalah igtan dan tidak mampu untuk menghafal, smpai ble2 mungkin xbleh solat, jdi mungkin cara terbaik biarkn ia solat kemudian selebih nya biarkn antara dia dgn allah, saudari perlu benar2 paham tentang agama, setiap di lakukn mesti ada sbb, manusia blaja membuat helicopter daripad pepatung dan byk lg yg saling berkaitan, sy trigt dlu parnah timbu isu kasut crocs yg mempunyai lamabang buaya, kemudian smua marah disbb kn ada nama allah di lambang itu di tapak kasut, mengapa perlu timbul isu itu kerana mungkin kte lupa bahawa binatang itu datang dari allah, jdi pelik sgt ke klu ada nama pencipta dibadan binatang itu..?kte sapatutnya berasa syukur kerana sedikit sebanyak dapat membuktikn kewujudan allah dan membuatkn kte rasa insaf, bukan nya terang2ngan di letak nama allah tpi cuma gmbar buaya , islam tidak mengajar kte untuk besangka buruk,,fikir2kn lah

Anonymous said...

Salam......
Trlebih dahulu mohon maaf krn mencelah....
saudaraku sekalian,jgn lah brgaduh krn jawapan yg kt cr xkn kt jmpai dgn cara itu....
Sy juga ahli silat, saya bljar silat dgn niat mmpertahankan dr,bangsa dan agama...
Bg saya blaja silat tidak salah selagi tidak brtertentangan dgn agama iaitu meyekutukan Allah..berlatih berkuda,berlatih berpedang itu dituntut...itu semua utk apa sahabat,,,,ok itu jawapan sahabt sndiri yg tau...i2 pasal kebal no komen...tp sekiranya klo tiba2 saudar kena pkl curi,,cnthya kena ttak dan tidak luka...klo saudara brsyukur saudara saudara akan ckp alhamdulillah,,,tp klo hati saudara sebaliknya,,saudara riak la...i2 trletak pd dr masing2....setahu sy gm lebih kpd doa,amalan2 zikir,ayat al-quran,,dan tidak ada memuja..sahabat skalian...para wali pn mohon dr Allah...so kt klo slalu buat amalan,dan hati bersih...insyaallah dia mkbul...dia pnya alam,Dia yg cpta...suma yg brlaku dgn kredaan dia...Dia juga yg layak mghukum...bkn kt mnusia...buat apa kt nk brgaduh utk menegak prsatuan msing..sdgkan tiada untung pn...sy brani ckp stiap silat baik slagi tdk brtntangan dgn agama...dan stiap silat ada klebihan masing2,stiap ilmu ada klebihan msing.....yg pnting kt mnuju jln yg sama..tp ikut jln masing...kt ada 4 mazhab,,,stiap mzhab ada perbezaan..tp haluan dia sama...buat apa kt nk brgaduh...harab saudara faham...tq salam

Anonymous said...

http://datukseriorgkaya.blogspot.com/

Anonymous said...

sy asal silat cekak...pastu silat gayong maarifat dan seterusnya silat gayong malaysia...sy belajar and sy tak rasa silat gayong maarifat ni sesat...dan yg kata dari silat cekak...setau sy anda tidak boleh mengutuk seni silat asli melayu yang lain...ingt tu...silat cekak best...sliat gayong maarifat best..silat gayong malaysia best...dan sy masih lg aktif dalam ketiga2 seni silat ini...jaga bhasa...kerana bahsa badan binasa...

Anonymous said...

btol2...sy memang setuju...
sebab sye pon pelajar silat jugak tapi silat harimau...tak tau la kalau yang silat harimau ni bukan dari kalangan silat melayu atau x...tapi dah minat...apew2 silat pon hentam jela.....tapi yang penting silat ni sebenarnya x ade nak masukkan ape2 unsur yang tak baik semuanya ok jer....cuma ade r pandangan dari sesetengah orang yang x suke kan silat tapi mengutuk ker yang ;bih....ishh...memang nak ekne pijak gak r muke dye tuh...yang penting sila best....

Anonymous said...

sebenarnye silat ni emmang best pion....x kire r mane silat pon...tapi ade sesetengah orang yang tak suke kan silat nih....macam 2 r dorang cakap...puja setan r....syirik r...adoy...

Anonymous said...

Tapi ...kenaper... silat gayong maarifat ni..sangat banyak gelaran..sampai guru utama pun ada gelaran sultan..la...dah rasa nak jadi raja pulak kerr?

Anonymous said...

Sutan kot bukan Sultan.Sutan tu nama keturunan contohnya Sutan Maakad.Dulu zaman P.Ramlee ada sorang pelawak tak ingat namanya tapi ingat berbinkan Sutan Malik.Kalau tak silap gelaran ni dari Sumatra.

Anonymous said...

Berhati hati dalam menuntut sesuatu Ilmu itu wajib,namun jangan terus menghukum sesuatu yg diluar kebiasaan itu sebagai sesat tanpa kita menyelidikinya terlebih dahulu.Golongan yg selalu menghukum sesat semua ilmu yg dirasakan luar biasa adalah satu golongan yg boleh melemahkan kekuatan Ummah.Contohnya gerakan Wahhabi di Tanah Arab satu ketika dulu.Mereka suka menghukum Ilmu org Islam lain sebagai syirik dan sesat.Ini menyebabkan umat Islam meninggalkan Ilmu ilmu dan petua peperangan yg diwarisi sejak zaman dahulu lagi.Gerakan ini hanya memberatkan soal ibadat spt solat,puasa,zakat,haji semata mata sambil mudah menyatakan perkara lain sebagai salah.Gerakan ini telah menyebabkan Empayar Turkey Othmaniah hancur.Bangsa Kafir Yahudi memang menyukai gerakan spt Wahhabi kerana kumpulan ini memudahkan kerja jahat mereka untuk menguasai umat Islam yg meninggalkan semua ilmu yg ada pada mereka kerana menurut pendapat kaum wahabi yg menghukum syirik terhadap ilmu ilmu itu.Ingatlah satu komentar seorang ahli ilmu di Andalusia dizaman Keagungan Islam dulu yg berbunyi"Adalah menjadi satu yg menghairankan jika ada lelaki Islam dikota ini yg tidak dapat berjalan diatas air,dan orang akan bertanya kenapa hanya dia yg gagal melakukanya".Kata kata itu menunjukkan betapa Ilmu luar biasa pada pandangan kita diwaktu sekarang adalah perkara umum atau biasa diwaktu perkembangan Ilmu di Andalusia ketika itu.

Anonymous said...

Salam saudara semuslim

Hafez Syamsul said...

Assalamu'alaikum...maaf saya hanya ingin menjawab dan mengemukakan pendapat saya...mengenai solan yang di aju...mengenai ilmu kebal,,cumment di atas ada bertanya "mengapa ingin ilmu kebal sedangkan Rasulullah sendiri tidak ada ilmu kebal...dan kalau Rasulluah sendiri takda ilmu kebal apalah pula kita ni.."

1.jika kita ingat semula bahawa nabi Muhammad tak pandai membaca dan tak pandai menulis...jadi,,adakah kita melakukan perkara sia-sia sekiranya kita pandai membaca dan pandai menulis...kita tidak boleh membandingkan kita dan nabi Muhammad...tapi jadikan dia sebagai contoh dan idola kita...jadi sekira nya anda rasa kita tidak melakukan perkara yang sia-sia sekiranya kita pandai membaca dan menulis...untuk mempelajari ilmu apa skali pun tidak salah selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam...

saya hanya ingin berkongsi untuk mengingatkan juga diri saya sendiri...tidak semua perkara yang dilakukan Rasulullah adalah sunnah... terdapat juga haram dan wajib untuk kita...

contoh 1 : solat 5 waktu yang dilakukan jatuh wajib hukumnya terhadap kita...
contoh 2 : bernikah melebihi 4 wanita jatuh haram hukumnya bagi kita....

so renungkan dan minta lah petunjuk dari NYA...
insya'Allah...

Anonymous said...

salam kepada semua......

saya ingin bertanya ttg "tumbukan ibu gayung"
kerana ayah saya pernah berkata bahawa tumbukan ni bukan sebarangan,kalau terkena bisa bukan kepalang
dan satu lagi kalau di tumbuk dalan keadaan marah,yang terkena boleh maut biarpun yang terkena tadi sekebal kereta kebal
wallahualam...

sekadar ingin tahu.

Riqie Al-Akasyie said...

Assalamualaikum...
boleh tak saya masuk PSSGM
sy warga Indonesia..
kalau boleh apa sahaja syarat2nya ?

Anonymous said...

Senang ceta msk dlu klu rasa was2 tnya guru atau ustaz ..lps tu tepuk dada tnya selera..ada akal pikir xtahu btnya..

Anonymous said...

izinkan saya memberi komen ikhlas untuk kebaikan pertubuhan tuan-tuan sekalian.

1-saya lihat ada byk laman web berkaitan dengan Silat Gayong Maarifat Malaysia. tetapi tiada web rasmi pertubuhan. anak buah sgt rajin buat web tp kenapa tiada yg rasmi di peringkat tertinggi pertubuhan ini?

2-sebanyak2 blog yg ada, satu pun tiada yg menyatakan alamat , no telefon atau cara2 untuk berhubung. (kalau ada pun mungkin 1 2 shj). kenapa? takot? segan? tidak berani?

3-tiada lagi maklumat di akhbar, majalah dan TV. dulu sentiasa ada iklan Silat Gayong Maarifat Malaysia di majalah. iklan kursus dan produk.

4-anak murid yg dihasilkan rata2nya tidak berkualiti.

5- semua maklumat di blog tidak updated. semuanya bahan lama. pengasas Silat Gayong Maarifat Malaysia ni ntah mati ntah hidup lagi pun xde sape tau.

6-orang2 Silat Gayong Maarifat Malaysia ni cepat marah bila di komplen. contohnya bila dikomen mcm ini, tentu ada yg x senang. kan?

gm said...

Salam..sy ni murid gayong maarifat yg sdh hmpir 8 thn blajar..kpd mrk2 yg brs x sng dgn gayong maarifat ni, ambillah iktibar dr kisah nabi musa dan nabi khidir..cube fikir mrk brdua sama2 nabi..tp knp nabi musa diperintahkn pergi brjmpa dan brguru dgn nabi khidir?sdgkn nabi musa pd ketika itu mrpkn seorang rasul..kalau nak diikutkan xperlu dia pergi brjmpa nabi khidir krn dia bleh brhbg direct dgn allah..dan cube kite fikir apa sbnrya yg hndak allah tnjukkan pd kite brdsrkn kisah mrk brdua..wallahuaklam

Anonymous said...

syirik ke ni?pakai jin ke ni?

Anonymous said...

Assalamualaikum kpd saudra muslim. .sy sngat brmnat plajari sgm ni tpi tmpt sya jauh. . .n brapa yurannya

Anonymous said...

Sapo nk blaja poie la blaja..klu xnk duduk diam2..xpyh nk tunjuk pandai persoalkan bab ilmu ni..niat org xpyh ko nk baco..tu pulang pado diri sendiri..sapo mencari akn berjumpo..cukuplah kau tau apo tujuan kau..jangan kau patahkan semangat orang lain dongan pemahaman singkat kau..bagi den silat itu pertahanan diri dunio dan akhirat..sobab di isi dongan agamo sekali..klu nk tahu yakin x yakin konola di uji..x salah kito mencari kehebatan skalipon..untuk agamo kito jgk yg syumul..apopon lillahi taala..

Anonymous said...

Pada yang tahu mengkondem org lain tu ade satu soalan untuk anda? Apa sumbangan anda untuk agama dan bangsa anda? Sekurangnya admin menyampaikan satu maklumat pada yang mahu mengehtahui..siapa anda yang berani sangat nak persoalkan orang lain sedangkan anda sendiri menyembunyikan diri?..pada yang mencari teruskan usaha..niatlah kerana allah..perbaikilah amal..igtlah kekebalan itu boleh saja kalau tuhan nak bagi..tp anda mungkin terlepas nikmat syahid untuk org mukmin..amalan batin itu untuk pertahanan diri yang batin..itulah amalan untuk hari akhirat nanti..jangan jadi orang yang tidak kenal tujuan..anda akan jd seperti mereka yang suka menjatuhkan orang lain dlam ni..persoalan mereka itu berbalik pada diri mereka sendiri..kajila apa tujuanmu..

Mawardi Omar said...

saya nak tahu dimana tuan guru atau gelanggang silat yang berhampiran dengan Jitra, Kedah

Anonymous said...

Assalamualaikum...Terima kasih pada datok yang telah membantu keluarga kami di ipoh perak dari gangguan makhluk halus... Alhamdulillah dengan izin Allah bantuan datok berhasil.. Allah yang akan membalas kebaikan datok..berjuang dan membantu Agama..

Wanie Laila said...

Saya berminat nak belajar silat...saya duduk di area paya pulai temerloh...hrp sesiapa yg tahu..info saya ye...t.kasih...

Post a Comment

 

Sejak 16 Feb 2009

Free Counters
lasting relationship