Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Pengalaman Mistik- Part 1.

Jeans Murah?


Peristiwa ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu. Seperti kebiasaannya saya pulang dari pejabat dan tiba dirumah sekitar jam 5 petang. Sebagaimana biasa, sebaik sampai sahaja di rumah, isteri saya akan mengangkat kain yang disidai di ampaian bergerak yang diletakkan di bawah porch hadapan rumah. Tiba-tiba isteri saya kelihatan sedikit kehairanan kerana salah satu kain yang dijemur, iaitu, seluar jeans saya, tiada di atas ampaian.

Apabila dimaklumkan kepada saya, saya terpandang seluar tersebut berada di atas dahan pokok betik di tepi pagar rumah. Kejadian itu menjadi tandatanya kepada kami berdua. Bagaimanakah boleh terjadi sebegitu?

Mungkinkah ianya disebabkan oleh angin? Mungkin juga, tetapi jarak antara ampaian dan pokok adalah antara 7-8 meter. Jika angin, kenapa seluar itu sahaja yang terbang? Mengapa tidak kain-kain lain , sedangkan seluar itu disidai dibahagian tengah dan kain yang paling berat jika hendak dibandingkan dengan kain-kain yang lain. Lebih-lebih lagi, kesemua kain-kain yang disidai disepit dengan penyepit kain.

Satu lagi teori mengenai fenomena tersebut adalah, penagih dadah yang cuba mengambil seluar tersebut untuk dijual di kedai bundle. Tetapi sebaik sahaja, dilihatnya seluar itu hanyalah jeans murah yang tidak boleh dijual maka ditinggalkan sahaja pada dahan pokok di tepi pagar. Tetapi, kenapa di tepi pagar? Sepatutnya, apabila dia melihat jeans itu tidak boleh dijual, ditinggalkan sahaja pada ampaian. Itupun kalau dia sempat untuk melihat. Logiknya, seorang pencuri yang sepatutnya dalam ketakutan mesti bertindak pantas. Ambil jeans dan lari, cukup mudah, lebih-lebih lagi pintu pagar di rumah saya tidak pernah ditutup, baik siang ataupun malam.

Sang pencuri hanya perlu masuk ke kawasan rumah, melalui pintu pagar yang tidak ditutup, ambil jeans dan lari ke tempat yang selamat. Apabila sampai ke tempat itu, dengan tenang, dia boleh melihat pada keadaan jeans tersebut. Jika tidak boleh dijual boleh dibuang di mana-mana sahaja dan saya mungkin tak akan menyedarinya. Tetapi kenapa, boleh berada di dahan pokok betik di tepi pagar rumah?

Ini menjuruskan saya untuk membuat satu lagi andaian yang ada kaitannya dengan Gayong Maarifat. Setelah mendapat gerak, saya mengamalkannya setiap hari. Pada suatu hari dalam gerak, saya telah mendapat ilham untuk memagar rumah. Di dalam gerak, terbayang kalimah Allah mengelilingi rumah beberapa kali.

Oleh itu, mungkin, sang penagih yang mengambil jeans itu, setelah mengambilnya, telah gagal untuk mencari jalan keluar disebabkan oleh pagar ghaib. Sang penagih mungkin telah berlegar-legar sekeliling rumah dengan maksud untuk mencari jalan keluar. Mungkin, dia yang tahu sedikit sebanyak hal ehwal mistik telah meninggalkan jeans itu pada dahan betik di tepi pagar. Sebaik sahaja ditinggalkan jeans itu maka kelihatanlah olehnya jalan keluar...

Segalanya mungkin dengan izin Allah. Allahu Akbar. Wallahu alam...

Apakah teori anda mengenai fenomena ini? Atau, adakah anda mempunyai pengalaman supernatural yang sama ataupun lebih hebat yang ingin anda kongsi bersama? Jika ada, sila catatkan pada ruangan comment di bawah. Komen-komen anda adalah dialu-alukan. Sekian, terima kasih, ikuti catatan pengalaman saya yang lain di masa-masa akan datang, i.e, penyeluk saku, sesat, bulutangkis, tarian sufi, dll, insya Allah, akan bersambung...

37 comments:

Anonymous said...

mcm ne wt pgr kwsn tu?

Anonymous said...

dlm "gerak' cuma perlu niat, kaedahnya tak sama antara ahli, cara sy spt pd catatan, ie kalimah Allah mengelilingi rumah beberapa kali, slmt mencuba...

Anonymous said...

pagar supaya tidak dggu makhluk ghaib yg mggu penghuni bilik?mcm tu gak ke?ataupun guna ajian semilir sakti?

Anonymous said...

Pd pandangan saya 'gerak' lebih power...

Anonymous said...

mksd awk?sy msh br lg...byk sy xblaja...

Anonymous said...

pergilah rujuk pada mana2 gurulatih dan org2 lama dalam GM ...sesudah anda blajar jangan pula tidak datang merujuk..gerak jika di latih amat besar potensinya..


wa pun tak tau

Anonymous said...

tahniah...anda dpt mengamalkn dng baik....moga anda & keluarga diberkati & dirahmati...munkin kita blh berkongsi ilmu dan pengalaman...
(fiq_a2@yahoo.com)

Anonymous said...

gerak yang maha agong melalui rasa dan perbuatan...

Anonymous said...

MACAM MNA YE NAK AMIK GERAK YANG LAGI POWER?

cikseri said...

maen gerak utk pagar keliling rumah..
saaltuka 17x n maen gerak, makrifatkan pagar kalimah Allah keliling rumah...mcm tu ke?

Anonymous said...

mcm best ilmu gayong makrifat ni ...kalo kat Melaka di mana?

Anonymous said...

Kontekla persatuan di Gombak tu...03-61894810

jem said...

kat parit buntar kat mana?

Anonymous said...

GERAK PALING POWER, GERAK ALLAH YG PALING POWER.
KO NK POWER MCMANE LG DOL?
NK JD POWER RANGER AKU BOLEH AJAR..

Anonymous said...

KO NI MASUK AIR APE?
X KN KO NK SURUK KALIMAH ALLAH 2 PAGOR RUMAH.
KO INGAN ALLAH 2 KULI KORANG?
KITA NI HAMBA ALLAH.. APE2 JUA YG ADA PD ALLAH 2 BKN HAK KITA. SO JGN PANDAI2 NK BT KEJE KURAFAT..

Anonymous said...

KO NI MASUK AIR APE?
X KN KO NK SURUH KALIMAH ALLAH 2 PAGOR RUMAH.
KO INGAN ALLAH 2 KULI KORANG?
KITA NI HAMBA ALLAH.. APE2 JUA YG ADA PD ALLAH 2 BKN HAK KITA. SO JGN PANDAI2 NK BT KEJE KURAFAT..

Anonymous said...

SALAH 2, GERAK YG MAHA AGONG ADALAH SEGALA NIKMAT KURNIAAN ALLAH PD KITA.. BSERTA SEISI ALAM INI.

aku anak singkong said...

korang ni knp? nk msuk neraka ke? iblis pun tidak menyekutukan Allah, tp korang lbh truk mcm beruk..

aku anak singkong said...

bertaubatlah wahai saudaraku selagi pntu taubat msh terbuka.. sblum korang mmpos!! aku rse ko fight dgn nenek aku xpas lg.. meh la klu ad bran..

Anonymous said...

anak singkong...kenapa biadab sungguh kamu?
jika benar ingin memerangi kesesatan bukan begitu...sedangkan RasulAlLah beradab apabila menjawab caci maki dan apabila berperang...kenapa kamu yang mengaku berada di jalan yang benar tidak mengamalkan adab itu?

jika ingin memerangi kesesatan yang kamu katakan itu kenapa kamu mesti memerangi jasad dan perasaan mereka dan bukan memerangi kesesatan itu sendiri sahaja?

selepas itu cakap pasal mereka masuk neraka?
adakah kamu sudah terjamin masuk syurga?
siapa kata iblis tidak menyekutukan AlLah?
pergi mengaji dari alif ba ta dahulu...
barulah sampai ya...
jangan ingat kerana cukup 5 tambah 6 itu kamu dijamin masuk syurga...kalau kamu masuk syurga itu adalah rahmat AlLah semata2...kamu tidak bleh "memaksa" AlLah dengan 5 + 6 kamu itu...

mereka menyatakan kalimah AlLah dan bukanlah AlLah...samalah macam AlQuran...itu bukan makhluk..tetapi QalamulLah...
kamu harus membaca dengan hati yang terbuka...
adakah mereka kata AlLah itu kuli mereka?
mereka meminta...AlLah perkenan...salahkah?
AlLah sendiri berfirman mintalah nescaya DIA perkenankan...

kenapa jumud sekali kamu?
kenapa perlu memanggil mereka dengan nama2 yang buruk? laku kamu lebih kepada yahudi dan nasrani...ops...saya katakan kelakuan kamu...bukan kamu sendiri...jangan salah faham...

janganlah bersembang kosong...
kalau betul2 berani...
letak nombor telefon...
pos gambar kamu...
bagi alamat...
dan jumpa dimana...
kalau betul2 mahu memerangi kebatilan....

jangan berselindung dengan nickname begitu..
macamana? ada berani?

===
313
Junjung Alif Lafaz Lam Semat Mim

Anonymous said...

parit buntar 013-4499093

hamba Allah said...

kepada pengguna ruangan ini,tlg jga adb. terutama kpd anonymous. kita sperguruan,angt jga 7 pancaindra. jgn bongkak dgn apa yg kita ada

Razali ahmad nasir said...

hidup silat melayu nusantara fr bekas anak didik d'tok

jerret said...

Anonymous said...

parit buntar 013-4499093

Nak tengok gak gambar dan alamat rumah xbg.. scan i/c skali..

Anonymous said...

di parit buntar, atau nibong tebal ada x gelanggang silat ni..sy minat nak jd ahli, kalo ada sila tinggalkan no talifon untuk sy rujuk nanti.......tq

Anonymous said...

salam dekat ngeri sembilan ade x persatuan silat ni area rembau ke

Anonymous said...

dekat ipoh ade x...hamba ni dlm kesusahan kerana ditimpa pelbagai masalah daripada terkena perbuatan sihir hingga ke mendalami ilmu yang salah...mintak tolong sgt2...

SeJaDah EmaS said...

aku berminat nak mendalami ilmu gayong maarifat ini, bukan hanya kerana ingin mempelajari seni silatnya..tapi nak menguatkan rohku, mendalami ilmu rahsia Allah swt. yang juga merapatkan hubungan aku dengan tuhan ku. aku di sungai choh. saudara2 seislam di atas...jangan bertengkar.jika ilmu penuh di dada, kongsilah dengan saudara yang lain...bukan djadikan ukuran siapa lebih besar.assalamualaikum

Anonymous said...

salam,

boleh tanya, ustaz azam dimana sekarang? lama tak dengar khabar dia sebab saya dah lama tidak berhubung dengan dia. kalau ada sesiapa tahu boleh bagi infor tak? terima kasih

pian said...

ingt la wahai shbt ku smua ktew blja n untuk dunia n akhirt jgn la mnujuk ape yg ktew ad...jgn la riak....mnx maaf saya hnya mnegur

Anonymous said...

emm

TuanKelarias said...

mcm2 ada yer...aman lah hati..amin2...

Anonymous said...

salam ada tak cawangan GM di Ipoh??? bminat nk mndalami ilmu Allah ni..

Anonymous said...

dh lme sngt rse nye nk msk silat gayong maarifat ney....tpi x tau macam mne nk msk....

Wak Lu Lengkong Wak Lu Lentek said...

Kat melaka ada x?send me at saudagarkaya@gmail.com

Wak Lu Lengkong Wak Lu Lentek said...

Kat melaka ada x?send me at saudagarkaya@gmail.com

Wak Lu Lengkong Wak Lu Lentek said...

Kat melaka ada x?send me at saudagarkaya@gmail.com

Post a Comment

 

Sejak 16 Feb 2009

Free Counters
lasting relationship