Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Pengalaman Mistik- Part 2.

Penyeluk Saku.

Kejadian ini berlaku hampir-hampir pada masa yang sama dengan kejadian jeans murah yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Pada masa itu saya saya dan isteri telah pergi ke Taman Tun untuk makan tengahari. Sebelum itu saya terpaksa ke mesin ATM untuk mengeluarkan sedikit wang sebab dompet dah kosong. Saya tak ingat kenapa saya keluarkan duit di situ sedangkan di kawasan pejabat saya di Jalan Duta ada mesin ATM, BSN. Kalau keluarkan di pejabat tadi lebih selamat.

Walau apa-apapun, sebaik tiba di Taman Tun, saya mencari mesin ATM BSN dan mujur ada. Kalau tidak, syoru miss. Setibanya di situ saya dengan jelas dapat memerhatikan seorang jejaka berbadan kurus, umpama mat gian sedang memerhatikan saya dalam keadaan yang agak mencurigakan. Saya mengesyaki sesuatu.

Tapi tak kisahlah. Kalau berani cubalah. Sayakan ada Gayong Maarifat. Lagipun kalau tak ada gayongpun tak apa. Saiz tubuh mamat tu kecil saja, boleh makan. Itu kalau nak gaduh, bolehla makan. Tapi kalau dia diam-diam seluk poket saya dan ambil dompet nak buat macamana? Tak bolehla makan. Tawakal sajalah, tiada daya, tiada upaya melainkan dengan izin Allah jua.

Sayapun mengeluarkan wang dan dengan sengaja, tanpa berselindung, mengira wang itu di hadapan mamat tadi sebelum memasukkannya ke dalam dompet. Dompet itu kemudiannya diletakkan di poket belakang seluar saya seperti kebiasaannya. Setelah itu sayapun berjalan menuju ke restoran dengan tujuan untuk makan tengahari.

Dalam perjalanan menuju ke sana saya terdengar bunyi tapak kaki di belakang saya. Bunyi tapak kaki tersebut semakin lama semakin hampir dan semakin hampir. Saya terasa sangat teruja. Masa untuk beraksi. Bila lagi? Tapi, tiba-tiba, teringat saya pesanan Ustaz Azam. Buat apa nak bergaduh secara fizikal, penat. Kalau boleh, cabut niat jahat dulu. Jika tak boleh, kunci. Jika tak boleh juga, baru lawan. Itu pesannya.

Sebenarnya dalam gerak, itu yang selalu saya latihkan diri saya. Cabut niat, kunci dan lawan. Untuk makluman pembaca teknik mencabut niat ini pernah saya gunakan sebelum ini. Pada suatu petang, saya telah diarahkan untuk menghadiri satu mesyuarat. Boringnya saya. Mesyuarat Petang?! Nanti habis lewat, nak balik jam, jalan sesak, nak ambil isteri dan anak lagi. Tapi nak buat macamana? Arahan adalah arahan.

Sebaik sampai ke tempat mesyuarat saya menunggu ketibaan tuan pengerusi. Sepanjang pengalaman saya bermesyuarat, lama atau tidak perjalanan sesuatu mesyuarat bergantung kepada pengerusinya. Sebaik tuan pengerusi tiba, saya telah mencabut niat pengerusi untuk bercakap panjang (sorila boss). Itu adalah mesyuarat terpendek pernah saya hadiri. Tak sampai 20 minit, mesyuarat bersurai. Bolehla saya balik awal.

Berbalik kepada cerita penyeluk saku tadi, saya menggenggam tangan kanan saya dan berniat untuk mencabut segala niat jahat yang ada pada yang empunya tapak kaki yang semakin menghampiri saya tadi. Selepas itu, bunyi tapak kaki tersebut semakin perlahan dan tidak lagi didengari. Kebetulan ada sebuah kedai majalah dan sayapun berhenti pura-pura membelek sebuah majalah. Pada masa yang sama saya memerhatikan kebelakang dan terlihat oleh saya makhluk yang sama yang sedang memerhatikan saya di mesin ATM tadi.

Dia berhenti di hadapan satu kedai sambil memerhatikan saya dan apabila terperasan yang saya sedang memerhatikannya dia berpaling ke arah lain dan selepas itu memintas saya, yang masih berdiri di kedai majalah, dan dia meneruskan perjalanan. Mungkin kebetulan? Wallahu alam...

0 comments:

Post a Comment

 

Sejak 16 Feb 2009

Free Counters
lasting relationship