Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Pengalaman Mistik- Part 3.

Sesat

Di sini akan dipaparkan dua kejadian yang berlaku di tempat yang berasingan. Mungkin tiada kaitan langsung di antara kedua-dua kejadian ini. Walau bagaimanapun, ianya dinukilkan sekadar untuk renungan bersama. Walaupun kedua-dua kejadian ini berlaku di tempat yang berasingan, tetapi kejadian-kejadian itu berlaku di satu mercutanda yang sama. Dan kejadian-kejadian ini berlaku tidak jauh antara satu sama lain dan ianya berlaku serentak.

Mercutanda yang saya maksudkan adalah di Menara Berkembar yang tertinggi di dunia setakat ini iaitu Menara Berkembar Petronas atau Kuala Lumpur City Center ataupun KLCC. Lebih tepat lagi kejadian-kejadian ini berlaku di Suria KLCC.

Seperti kebiasaannya kedua-dua arwah ibu dan ayah saya akan datang melawat saya dan keluarga dengan membawa bersama-sama dengan mereka cucu sulung mereka iaitu anak kepada abang saya. Biasanya mereka akan bermalam di rumah saya yang pada masa itu, di Selayang, untuk dua atau tiga malam.

Seperti kebiasaannya juga, tempat yang kami selalu kunjungi adalah Suria KLCC. Setelah seharian di sana kami akan pulang semula ke rumah sewa saya. Entah kenapa pada hari itu saya turun dulu ke tempat meletak kereta. Setelah agak beberapa lama kemudian masih tiada kelibat keluarga saya mahupun kedua-dua arwah ibubapa saya bersama dengan anak saudara saya.

Setelah habis beberapa batang rokok saya mula keresahan. Nak tanyapun, pada masa itu handphone bukanlah satu kebiasaan seperti pada masa ini. Dulu kalau ada handphone bak kata kawan-kawan saya "pecah kepala" iaitu bangga habis. Berbanding dengan sekarang ini handphone dah menjadi satu keperluan bukannya keinginan.

Entah kenapa juga, tiba-tiba saya seperti digerakkan seperti dalam 'gerak'. Di dalam 'gerak' tersebut saya seolah-olah diminta untuk mencari arah kiblat. Buat beberapa ketika saya berpusing-pusing, tercari-cari arah kiblat (nasib baik tak ada orang yang tengok, kalau tidak...) dan berhenti apabila saya yakin yang itu adalah arahnya. Tapi tak dapat nak dipastikanlah bahawa itu adalah arah kiblat yang sebenarnya sebab tak cukup alat. Walau bagaimanapun bukan itu ceritanya, yakni mencari arah kiblat, tapi cerita lain, iaitu , sesat...

Tidak beberapa lama kemudian yang ditunggupun telah tiba. Saya berasa lega yang teramat sangat. Rupa-rupanya, saya diberitahu oleh isteri saya bahawa mereka sebenarnya lewat kerana tercari-cari arwah ayah saya yang tidak dapat dikesan. Menurut cerita arwah ayah, dia telah tersalah tingkat. Maksud saya setelah lift terbuka dia telah turun dan begitu yakin yang tingkat itu adalah tingkat di mana kereta kami berada. Maklumlah di tempat meletak kereta kompleks membeli-belah, kalau tak hafal tingkat dan nombor petak, semuanya nampak sama saja. Arwah tercari-cari kami tapi kereta tiada apapun tiada. Arwah juga sukar untuk mencari semula lift setelah berlegar-legar di sekitar tingkat tempat meletak kereta yang salah itu...

Sekian paparan saya mengenai Pengalaman Mistik pada kali ini. Itulah saja yang masih segar dalam ingatan saya pada masa ini, beberapa perincian lain, seperti kenapa arwah boleh terlepas dari ahli-ahli keluarga saya yang lain saya tak pasti. Saya hanya memaparkan, terpulang kepada anda untuk membuat sebarang andaian. jangan biarkan hidup anda diselubungi oleh... MISTERI!-Al-Fatihah untuk arwah berdua.

0 comments:

Post a Comment

 

Sejak 16 Feb 2009

Free Counters
lasting relationship