Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Pengalaman Ahli-Bocor Tayar Motorku

Ini bukan di Gerik, Perak


Ini bukanlah pengalaman saya. Tetapi merupakan pengalaman seorang ahli Gayong Maarifat. Pengalaman ini telah diceritakan kepada saya melalui ruang pengalaman ahli yang disediakan di blog ini. Pada kebiasaannya apabila berbicara tentang pengalaman di dalam Gayong Maarifat, kita akan berbicara kebanyakkannya tentang hal-hal yang ghaib sahaja. Pengalaman yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar. Seperti boleh bersilat, pagar ghaib dan sebagainya, merujuk kepada pengalaman saya sendiri. Kita memohon kepada Allah terpulang kepadaNya samada untuk membantu kita secara nyata atau tidak membantu kita langsung. Tetapi pengalaman ahli yang diceritakan kepada saya sedikit berbeza, di mana pertolongan yang datang adalah dalam bentuk yang nyata.

Ini adalah pengalaman seorang ahli Gayong Maarifat dalam aplikasi 'Gerak. Pada suatu hari beliau ingin pergi mandi dan berkelah bersama kawan-kawannya di Sg Berok, Gerik, Perak. Negeri Perak memang antarabangsa, ada Greece (Gerik), Paris (Parit) dan juga Boston (Bota). Itu belum termasuk Lumut dan Dinding. Kawasan perkelahan tersebut terletak lebih kurang 15 km dari rumah beliau. Walaubagaimanapun ahli tersebut bersama dengan seorang lagi kawannya pergi lewat sedikit daripada kawan-kawan yang lain.

Akhirnya kesemua kawan-kawannya telah pergi dan beliau bertolak seorang diri. Sampai separuh jalan tayar motor beliau telah bocor. Beliau keresahan dan 'pening kepala', tak tahu apa nak buat. Nak cari kedai motor pun mana nak ada, tengah-tengah jalan, Gerik pula tu, kawasan hulu Negeri Perak, tambah-tambah dalam perjalanan nak ke kawasan perkelahan, lagila hulu (jangan marah). Tiba-tiba hati beliau tergerak untuk menggunakan 'gerak'. Dalam 'gerak' beliaupun berniat, jika Allah memberi bantuan kepada beliau, beliau bersyukur, tapi kalau tidak ada bantuan sekalipun beliau redha.



Selesai membuat 'gerak', beliau mula menolak motornya. Sebaik sahaja menolak motor tersebut dalam 10-15 tapak, datang seorang pakcik dengan menaiki kereta. Pakcik itupun, bertanya kenapa dengan motor beliau. Beliau menjawab, "bocor". Selepas itu pakcik tersebut terus membawa keluar alat untuk membuka tiub tayar. Selepas membuka tiub tayar pakcik tersebut mengeluarkan pelekat untuk tampung kebocoran. Memang cukup alat yang dibawa keluar oleh pakcik itu. Spanar, pelekat tayar, siap dengan pam angin sekali. Setelah siap pakcik itupun berlalu pergi. Sekian, harapan saya ada lagi ahli yang mahu berkongsi pengalaman di sini.


0 comments:

Post a Comment

 

Sejak 16 Feb 2009

Free Counters
lasting relationship