Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Amanat Naga Merah


Siapa saya?


Assalamu alaikum...

Seperti yang anda telah ketahui, terdapat dua chat room pada blog ini. Chat room, Teh Tarik Corner, di sebelah kanan blog adalah hasil daripada pendaftaran saya sendiri. Manakala yang di sebelah kiri blog, iaitu GM's Club Chat Room, bukanlah hasil pendaftaran saya. Tapi sebaliknya didaftarkan oleh GM's Friend mungkin dari Myspace. Saya hanya embed di blog ini untuk kemudahan semua.

Pada pandangan saya, ada satu pesanan yang menarik yang ditinggalkan oleh Naga Merah, yang hendak saya abadikan pada posting kali ini. Maklumlah pesanan pada chat room akan hilang apabila ada pesanan baru dan baru nanti. Pesanan tersebut telah ditinggalkan pada 1 Jun 2009 dan berbunyi seperti berikut:-

"assalamualaikum semua teman2 segayung sekalian...harapan saya agar anda semua dalam rahmat dan dalam keredhaan allah...

jangan lupa kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku....

saya sekali lagi berharap agar tidak berlaku perpecahan di kalangan jemaah kita...dan saya doakan agar kita semua terus kukuh dan terus utuh untuk mempertahankan agama bangsa dan negara...ikhlas dari naga merah...wassalam....."


Kemelut Politik

Pada pandangan saya pesanan itu ada kaitannya dengan perkembangan politik tanah air kita pada ketika dan saat ini. Kuasa politik melayu seakan-akan terhakis. Sekurang-kurangnya itulah pandangan saya. Kemenangan calon-calon yang bertanding bukan ditentukan oleh melayu islam. Bukanlah tujuan saya untuk menyatakan siapa yang betul atau siapa yang salah. Terpulanglah pada anda untuk membuat pendirian. Akan tetapi yang pastinya adalah kita sedang berpecah. Mungkinkah tragedi yang telah berlaku kira-kira 40 tahun yang lalu akan berulang. Pada andaian saya itulah yang cuba hendak disampaikan oleh Naga Merah. Maklumat lanjut tentang tanda-tanda yang saya maksudkan boleh dibaca di sini atau http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/05/13/may-13th-1969-the-correct-view-part-1/. Sila baca kesemua artikel-artikel yang berkaitan. Tak perlulah saya menghuraikannya dengan lebih lanjut. Dan renung dan fikirkanlah.



5 comments:

Afif Sukri said...

Salam, tolong jangan keluarkan isu sensitif ni..
Tak semua ahli GM daripada kerajaan. apa-apapun saya setuju dengan isu melayu ni. Ikhlasnya saya penyokong Pas. Dan kemelut politik perak, saya tak nak komen. Sekarang, hanya DAP n PKR tengah berperang dengan UMNO.
Pas ambil sikap diam diri, jangan risau, dalam PAS pun ada yang akan membantu semasa darurat. Ada organisasi sendiri... Untuk Islam n Tanah Melayu negara Islam.

Anonymous said...

Gm adalah persatuan berkecuali...

Anonymous said...

Ini bukan amanat politik tapi kemanusiaan...

Afif Sukri said...

Ye, saya sokong. Memang berkecuali. Tapi elakkan yang boleh menimbulkan tak puas hati. GM ahlinya adalah pendekar. Taat pada raja, peribadinya saya sokong sultan Perak. tapi ada baiknya dibuat dengan cara yang lebih elok, berhemat N berhati-hati. sesuai dengan kemuliaan institusi diraja. TQ. lawat blog saya untuk pandangan saya yang selanjutnya...TQ..

FISABILILLAH 3036 said...

biasa la,hidup dlm psatuan mmg serba sdikit yg x elok 2 msti ada klau x bnyk pun sikit,ada puluhan ribu ahli,mn sempat nk jaga atau nk paksa smua mjd 1 kpala.///

Post a Comment

 

Sejak 16 Feb 2009

Free Counters
lasting relationship