Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Pengalaman Ahli- Misteri Nusantara Part 2

Pada ruangan Pengalaman Ahli kali ini saya akan memaparkan kisah yang anda akan baca sendiri tentang pengalaman salah seorang ahli yang terlibat dalam pembikinan Misteri Nusantara tempohari. Catatan pengalaman tersebut telah dicatatkan pada ruangan Pengalaman Ahli yang telah saya sediakan pada blog ini. Harapan saya lebih banyak lagi ahli dapat berkongsi pengalaman dengan kami. Walaubagaimanapun, maafkan saya kerana telah membuatkan cerita ini memotong queue. Sepatutnya Pengalaman Mistik-Bulu Tangkis diikuti dengan Pengalaman Ahli-Berlawan Dengan Hantu diceritakan dahulu mengikut kronologi. Saya tidak mengedit cerita ini, cuma melengkapkan ejaan yang ringkas. Ikuti catatan pengalaman oleh saudara Zulhilmi...

Assalamualaikum..saya adalah salah seorang yang shooting dalam rancangan misteri nusantara yang disiarkan dalam TV3 haritu. Sebenarnya TV3 telah tersalah bagi info kepada para penonton tentang penggunaan ahli baru yang digunakan sebagai medium untuk jin itu masuk.Sebenarnya orang yang digunakan sebagai medium untuk kami masukkan jin kedalam tubuhnya adalah orang awam yang volunteer untuk digunakan tubuhnya. Dia seorang hafiz quran dan setuju untuk kami gunakan tubuhnya. Ia adalah untuk menunjukkan bahawa ilmu yang kita pegang dan amalkan tidak mustahil untuk kita memasukkan jin kedalam medium apa sekalipun samada botol, orang atau apa sahaja. Tentang menangkap jin dalam botol itu hanyalah menggunakan gerak sahaja iaitu dengan yakin dan berserah sepenuhnya pada Allah yang maha berkuasa. Semasa lampu cerah memang tak boleh ditengok jin di dalam botol tu tetapi apabila lampu ditutup gambar jin didalam botol itu dapat dilihat melalui camera digital. Ini kerana jin yang telah dimasukkan kedalam botol itu telah dikunci dan dengan doa kalimah kami mintak pada Allah supaya zarah jin itu dapat ditangkap gambarnya. Gambar yang original ada pada saya. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Dato' Orang Kaya Setia Tunggak Alam Orang Kaya Besar Berempat Gayong Makrifat iaitu wakil wilayah timur Dato' Orang Kaya Ahmad Nahzarudy (0139683786) atau saya sendiri zul(012913336). Sama-samalah kita meningkatkan lagi jemaah kita supaya menjadi jemaah yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan Islam dan menjaga bangsa kita sendiri. Wassalam.

5 comments:

hamba Allah said...

bukan menyangkal,tetapi kata ulama,bhw org terakhir yang mempunyai mukjizat menangkap jin adalah nabi sulaiman. sedangkan nabi muhammad melepaskn jin krana mghrmati prmintaan nabi sulaiman yg tlh meminta kpd Allah sbg org terakhir yg bleh mengkap jin.lagi pula,jin umpama chya,mana mgkin kita manusia biasa mampu mengkapnya..

hamba Allah said...

saya jga slh seorg ahli gayong makrifat. saya cdgkan spya ilmu ini tdk dipertontonkan kpd umum,lbh2 lg kpd media,tkt tmbul fitnah. dan kpd kita yg tlh diijazahkn,ingtlah jnji kita pd tok guru.sesgguhnya ilmu itu luas,dktkanlah diri pd ulama sbg pnduan

Anonymous said...

korang ni pakai jin...guru den dah scan dah...

PapaRock said...

Saya merupakan ahli PSSGMM bagi cawangan kelantan merasa berbangga dengan usaha- usaha yang dilakukan oleh para pejuang PSSGMM, berilah maklumat yang jelas dan ajaklah mereka yang bukan ahli untuk memahami ilmu anugerah ilahi ini, x kenal maka x cinta, jadi bagi yang bukan Ahli x salah memberi komen tp cubalah lihat dan hadirlah ke cawangan PSSGMM bagi mendapat penjelasan dan melihat sendiri, Fahamilah rahsia ilmu, rahsia dalam rahsia

provokasi kucalana said...

assalam kpd semua sahabat2 dan pndekar2..sy jga mmpunyai mnat dlm seni prsilatan dan kbatinan..maaf d dahulukn kpd smua pmbaca jka trsalah tulis or trslah guris..sya hanya ingin mmprkatakn tntang amalan2 yg di lakukn..hampir 60pratus amlan yg dilakukan oleh pesilat2 adlah sama ttpi klebihan yg di kurniakn adalah brbeza.jika di fikirkn Al-quran,solat,zikrullah dan beberapa amalan lain sbenarnya adlah amalan atau prkara wajib bagi kita sbgai umat islam bg mndapat keberkatan,keredhaan di dunia dan akhirat n mndekatkn diri kpda Allah Ta'ala.maaf skali lg sye ucapkn.sye bkn pesilat or mnuntut mne2 ilmu tp sekadar brkogsi pngetahuan tntang yg brlaku dhari ini.saye juga manusia yg tidak smpurna.agama islam adlah stu kewajipan,agama islam adlah landasan hidup,agama islam adlah bekalan akhirat,agama islam adlah satu kehidupan yg benar.jgn sesekali kita mmpunyai sifat yg trcela,mengejar sesuatu krana dunia tiada guna...IKHLAS LAH KERANA ALLAH...aku insan yg fakir..kewajipan perlu di dahulukn,sunat prlu di kemudiankn ttpi prlulh seimbang antra kedua2nya....maaf sekali lg saye mohon jika tersalah..

Post a Comment

 

Sejak 16 Feb 2009

Free Counters
lasting relationship