Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Pengalaman Ahli-Berlawan Dengan Hantu

Ini adalah satu lagi kisah pengalaman ahli Gayong Maarifat dalam applikasi ‘gerak’. Kisah pada kali ini adalah tentang pengalaman ahli tersebut berlawan dengan hantu. Ini merupakan penglaman beliau ketika menuntut di Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru pada tahun 2007.

Menurut ahli tersebut, kawasan IKM tersebut memang terkenal dengan tempat yg agak 'keras'. Ahli tersebut tinggal di dalam dorm atau asrama, dimana dalam 1 dorm mempunyai 20 org. Pada satu malam kawan-kawan beliau di dalam dorm seronok semacam saja. Mereka ketawa berdekah-dekah sehingga lewat malam.

Ketika hendak tidur ahli tersebut berkata di dalam hati yang malam ini mesti mereka akan kena 'ganggu'. Tanpa memberitahu sesiapa tentang perasaan beliau, ahli tersebut terus masuk tidur.

Lebih kurang hampir pukul 4 pagi kawan-kawan dalam dorm tersebut tiba-tiba bising mengatakan mereka ternampak kelibat putih melintas di dalam dorm. Ahli tersebut bertanya kepada kawan-kawan tentang perbuatan mereka malam tadi. Mereka memberitahu bahawa mereka tengok cerita 18sx di handphone. Ahli tersebut terus memarahi kawan-kawannya, sambil berkata, 'yang pi tengok cerita macam tu malam-malam buat apa, kan dah kena'. Ahli tersebut teringat perasaan beliau sebelum masuk tidur tadi.

Ahli itu kemudian terus membuka gerak dan 'scan' di dalam dorm. Sampai di penjuru bilik, ‘gerak’nya menjadi berat dan dia mengagak yang ‘makhluk’ itu mesti duduk di situ. Kemudian rakan beliau yang mempunyai kelebihan melalui keturunan untuk melawan makhluk halus terus pergi ke penjuru bilik tersebut. Dia kemudian seperti ditarik.

Ahli GM yang melihat kawannya ditarik terus membuka gerak dan bantu kawannya. Kemudian benda itu menjadi semakin agresif. Ahli GM 'pasak' ‘benda’ tersebut dan kawannya terus menangkap ‘benda’ tersebut dengan menggunakan kain. Kawan ahli tadi terus menanam ‘benda’ tersebut di belakang dorm. Selepas siap kebumikan ‘benda’ tersebut, kawan ahli mmbuka baju yang dipakai dan ternampak kesan calar akibat cakaran ‘benda’ tersebut, ludah kawan ahli itupun turut mengeluarkan darah. Kemudian beliau balik ke rumah untuk membuang bisa.

Selepas itu, ahli GM tersebut menyangkakan yang semuanya telah berakhir. Akan tetapi, 3 hari sebelum cuti semester ahli tadi ditindih ‘benda’ tersebut yang ingin 'repeat' kembali sehinggakan hendak menyebut kalimah ALLAH cukup sukar. Kemudian ahli membuka gerak menggunakan hati dan ‘benda’ itu terus ghaib. Kemudian ‘benda’ itu masuk ke alam mimpi beliau. Beliau menyuruh ‘benda’ itu menunjukkan diri untuk berlawan tetapi ‘benda’ itu tidak keluar dan terus hilang. Semenjak dari hari itu tiada apa-apa lagi yang berlaku...

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...saya adalah ahli GM yg blh dikatakan ahli baru juga.saya mempunyai pengalaman membantu sahabat saya mengeluarkan jin dari badan orang.saya nak bertanya,gerak ape yang sesuai utk digunakan utk ini?saya tidak tahu gerak ape yg patut digunakan memandangkan orang yg terkena sampuk itu tidak memberikan sebarang respon terhadap gerak yg saya gunakan...
sekiranya saudara tidak keneratan,blh email kan kpda saya, muslimin_iman@yahoo.com
terima kasih.wsalam..

tido said...

gerak hati.

Anonymous said...

askm nama saya hazimin bin noor alam.saya adalah murid lama yang telah diijazahkan sendiri oleh khalifah azam semasa saya dtg ke pusat rawatan nya di medan warisan kuantan.saya ada diberi kitab amalan dan telah diijazahkan ngan silat tersebut dan memang saya boleh bersilat secara tiba tiba.cuma saya mau bertanya bila mau buat gelanggang di tapah atau kawasan yang terdekat.boleh saya dtg berlatih?

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Maaf...saya ingin bertanya...saya selalu mengalami ketindihan, seperti sesuatu menindih saya hingga nak mengucap, atau menyebut kalimah Allah pun tak boleh apa lagi utk bergerak...dan jika berjaya bergerak, seketika saja akan kena semula ditindih beberapa kali sehinggalah saya bangun, berwuduk dan tidur semula. Saya dpt rasakan bila "benda" ni dtg iaitu spt ada desingan dan serta merta saya ditindih..kadang kala saya dpt rasakan seperti kaki saya ditarik2, katil bergoyang walhal suami disebelah tak terasa apa dan menyangka saya mengigau...apa sebenarnya benda tu...adakah ia sekadar igauan saya atau mmg diganggu oleh makhluk halus? Bagaimana saya nak menghindari gangguan tersebut?

Post a Comment

 

Sejak 16 Feb 2009

Free Counters
lasting relationship