Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Skuad Elit

Pada posting kali ini, izinkan saya untuk memberikan ulasan awal tentang pertanyaan yang ditinggalkan oleh anick19 pada kedua-dua chatroll yang di'embed'kan pada blog ini. Persoalan tersebut pada mulanya ditinggalkan pada Gayong Maarifat's Teh Tarik Corner pada Jul 8 2009, 11:25 AM. Akan tetapi masih tiada ulasan dari mana-mana ahli tentang persoalan tersebut. Lebih-lebih lagi dari wakil pusat. Mungkin disebabkan oleh itu, maka beliau meninggalkan pula persoalan yang sama di Gm's club Chatroom pada 10 2009, 9:41 AM.

Pertanyaan beliau berbunyi seperti berikut. "bagaimana dengan ahli yang baru masuk mcm saya,baru saja mendapat gerak tetapi tidak dapat turun ke gelanggang kerana kesibukan kerja..adakah memadai dengan amalan sahaja saya boleh meggunakn gerak untuk bersilat atau kena turun ke gelanggan juga untuk mendapatkan gerak tari dan buah2 silat yang terkangdung dlm silibus silat GM..harap bantu saya.."

Saya bukanlah orang yang paling layak untuk menjawab pertanyaan tersebut. Akan tetapi jawapan sementara saya ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu beliau dan lain-lain. Jawapan saya ini adalah berdasarkan kepada tawaran yang telah dibuat oleh ahli pusat kepada saya tempohari.

Jawapan saya adalah, untuk mendapatkan pelajaran seperti yang terkandung dalam silibus GM, perlu bergelanggang. Ini bermakna beliau perlu hadir ke gelanggang untuk mempelajari semua matapelajaran yang terkandung perguruan ini. Walaubagaimanapun, sekiranya, saudara sekalian mempunyai cukup bilangan ahli. Saudara bolehlah membuka gelanggang di tempat saudara sendiri. Selepas itu, pihak pusat akan menghantar skuad elit untuk mengajar. Bukankah begitu, wakil pusat? Sila hubungi wakil pusat di nombor, Gombak: 03-61894810 Bukit Tinggi: 012-6252377 untuk maklumat lanjut.

1 comments:

Anonymous said...

saya amat berminat tuk belajar seni silat Gayong... namun tidak tahu bagaimana nak memulakan kan.... tolong bantu saya dgn memberi kn sedikit maklumat berkaitan seni silat ini... dan dimanakan gelanggang yg berhampiran bagi sekitar KL dan Selangor....

ragbypdrm@yahoo.com

Post a Comment

 

Sejak 16 Feb 2009

Free Counters
lasting relationship