Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

AKAN DATANG- Pengalaman Mistik- Part 2

Read More......

Pengalaman Mistik- Part 1.

Jeans Murah?


Peristiwa ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu. Seperti kebiasaannya saya pulang dari pejabat dan tiba dirumah sekitar jam 5 petang. Sebagaimana biasa, sebaik sampai sahaja di rumah, isteri saya akan mengangkat kain yang disidai di ampaian bergerak yang diletakkan di bawah porch hadapan rumah. Tiba-tiba isteri saya kelihatan sedikit kehairanan kerana salah satu kain yang dijemur, iaitu, seluar jeans saya, tiada di atas ampaian.

Apabila dimaklumkan kepada saya, saya terpandang seluar tersebut berada di atas dahan pokok betik di tepi pagar rumah. Kejadian itu menjadi tandatanya kepada kami berdua. Bagaimanakah boleh terjadi sebegitu?

Mungkinkah ianya disebabkan oleh angin? Mungkin juga, tetapi jarak antara ampaian dan pokok adalah antara 7-8 meter. Jika angin, kenapa seluar itu sahaja yang terbang? Mengapa tidak kain-kain lain , sedangkan seluar itu disidai dibahagian tengah dan kain yang paling berat jika hendak dibandingkan dengan kain-kain yang lain. Lebih-lebih lagi, kesemua kain-kain yang disidai disepit dengan penyepit kain.

Satu lagi teori mengenai fenomena tersebut adalah, penagih dadah yang cuba mengambil seluar tersebut untuk dijual di kedai bundle. Tetapi sebaik sahaja, dilihatnya seluar itu hanyalah jeans murah yang tidak boleh dijual maka ditinggalkan sahaja pada dahan pokok di tepi pagar. Tetapi, kenapa di tepi pagar? Sepatutnya, apabila dia melihat jeans itu tidak boleh dijual, ditinggalkan sahaja pada ampaian. Itupun kalau dia sempat untuk melihat. Logiknya, seorang pencuri yang sepatutnya dalam ketakutan mesti bertindak pantas. Ambil jeans dan lari, cukup mudah, lebih-lebih lagi pintu pagar di rumah saya tidak pernah ditutup, baik siang ataupun malam.

Sang pencuri hanya perlu masuk ke kawasan rumah, melalui pintu pagar yang tidak ditutup, ambil jeans dan lari ke tempat yang selamat. Apabila sampai ke tempat itu, dengan tenang, dia boleh melihat pada keadaan jeans tersebut. Jika tidak boleh dijual boleh dibuang di mana-mana sahaja dan saya mungkin tak akan menyedarinya. Tetapi kenapa, boleh berada di dahan pokok betik di tepi pagar rumah?

Ini menjuruskan saya untuk membuat satu lagi andaian yang ada kaitannya dengan Gayong Maarifat. Setelah mendapat gerak, saya mengamalkannya setiap hari. Pada suatu hari dalam gerak, saya telah mendapat ilham untuk memagar rumah. Di dalam gerak, terbayang kalimah Allah mengelilingi rumah beberapa kali.

Oleh itu, mungkin, sang penagih yang mengambil jeans itu, setelah mengambilnya, telah gagal untuk mencari jalan keluar disebabkan oleh pagar ghaib. Sang penagih mungkin telah berlegar-legar sekeliling rumah dengan maksud untuk mencari jalan keluar. Mungkin, dia yang tahu sedikit sebanyak hal ehwal mistik telah meninggalkan jeans itu pada dahan betik di tepi pagar. Sebaik sahaja ditinggalkan jeans itu maka kelihatanlah olehnya jalan keluar...

Segalanya mungkin dengan izin Allah. Allahu Akbar. Wallahu alam...

Apakah teori anda mengenai fenomena ini? Atau, adakah anda mempunyai pengalaman supernatural yang sama ataupun lebih hebat yang ingin anda kongsi bersama? Jika ada, sila catatkan pada ruangan comment di bawah. Komen-komen anda adalah dialu-alukan. Sekian, terima kasih, ikuti catatan pengalaman saya yang lain di masa-masa akan datang, i.e, penyeluk saku, sesat, bulutangkis, tarian sufi, dll, insya Allah, akan bersambung...

Read More......

Video Aksi Dari Youtube













Read More......

Kitab Pusaka


Kata Aluan

Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah yang satu, selawat dan salam ke atas imam para muttaqin dan pemimpin kepada para mujahidin iaitu junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga baginda serta orang yang mengikut baginda hingga hari akhirat.
Dengan kebesaran, kasih sayangMu,Ya Allah, aku mohon padaMu agar Kau hulurkan taufik dan hidayahMu, serta bimbinglah aku dalam usaha menyusun "Kitab Pusaka Gerak Laksamana" ini, semoga tidak menyeleweng dari kehendakMu Ya Allah.


Di dalam kitab ini terkandung amalan zikir (wirid) dan doa yang memberi manfaat kepada pengamalnya dunia dan akhirat.
Wahai murid-murid ustaz yang dikasihi, beramallah dengan tekun. Semoga kamu beroleh faedah dan terselamat dari bencana dunia dan akhirat.


Apabila beramal dengan "Kitab Pusaka Gerak Laksamana" ini, hendaklah kamu pelihara akhlak/ 7 pancaindera, baiki hubungan dengan Allah s.w.t.,/ hubungan dengan guru (khalifah)/ ibubapa/ manusia.Selalulah bersikap sabar/ sangka baik sesama makhlik/ jangan gopoh, banyak berfikir sebelum bertindak terhadap sesuatu.
Ya Allah, berkatilah usaha hambaMu ini yang kini menjadi kadamMu Ya Rabbi, Ya Rahman.


USTAZ AZAM AL-QADARIAH.


Pengasas

USTAZ AZAM
Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.
(Khalifah Perang Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia yang bergelar Dato' Panglima Besar Panji Alam)

Perhatian:-
Jika anda mengasihi guru anda, apabila membuka posting ini hadiahkan 1x Al-Fatihah kepadanya.



Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang Darul Makmur. Datuk sebelah ayah dan ibunya merupakan orang lama dalam alam persilatan dan moyang beliau Sultan Abdul Jalil yang berasal dari Sumatera merupakan orang kuat dalam dunia silat dan alam kerohanian. Mungkin kerana Takdir Allah S.W.T. atau memang kerana pertalian darah pendekar yang telah mengalir didalam tubuh pengasas Seni Silat Gayong Maarifat, membuatkan beliau tertarik hati untuk meneroka alam persilatan melayu dan dunia kerohanian sehinggalah beliau merasa bersedia untuk menerajui perguruan sendiri bagi mendidik anak bangsa melayu dan nusantara untuk mengenali dunia persilatan melayu.

Maka telah tercipta dalam sejarah persilatan melayu pada awal tahun 1990, lahirlah sebuah perguruan silat yang dinamakan "PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT" dan rasmilah Ustaz Shamsulazam bin Zulkifli atau dikenali dengan nama Ustaz Azam dilantik sebagai Khalifah Perang Seni Silat Gayong Maarifat dengan membawa gelaran DATO' PANGLIMA BESAR PANJI ALAM.


Sejarah


Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia telah diasaskan oleh Ustaz Azam pada awal tahun 1990-an di Bentong, Pahang Darul Makmur.

Seni Silat ini merupakan gabungan dua jenis aliran persilatan dari Sumatera dan Demak, Jawa Tengah yang dipelajari oleh Ustaz Azam sewaktu zaman mudanya. Aliran dua persilatan yang dielajari ini merupakan dua jenis silat tua di daerah masing-masing.

Oleh kerana silat ini banyak menggunakan kaedah kebatinan atau kerohanian dan tenaga dalam di samping konsep tawakkal kepada Allah yang sangat dititikberatkan oleh Ustaz Azam dalam setiap gerak silatnya, maka Ustaz Azam telah mendapat ilham untuk menamakan silat ini, Seni Silat Gayong Maarifat.

Gabungan seni silat dari Sumatera dan Demak, Jawa Tengah telah menghasilkan suatu aliran silat yang canggih, mendidik, mendisiplinkan murid, mendekatkan diri kepada Allah serta unik. Pegangan akidah ahli perguruan ini tidak lari dari fahaman ahli sunnah waljamaah dan mentauhidkan Allah.

Insya Allah anda akan diberkati Allah kerana menyertai Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.


Tujuan Dan Matlamat


1. Menghidupkan dan mengembangkan warisan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia kepada masyarakat dan menaikkan tarafnya di mata dunia.

2. Memupuk dan memelihara nilai-nilai kesenian persilatan dan budaya melayu yang bersesuaian.

3. Membanteras serta membasmi kepercayaan tahyul dan kurafat yang tidak bersesuaian dengan iktikad Islam.

4. Menanam sifat Berdikari, ketahanan mental dan kecergasan diri.

5. Mempertinggikan dan menghalusi nilai-nilai akhlak yang sempurna dan terpuji serta berperibadi tinggi.


Sumber: Kitab Pusaka Gerak Laksamana: 2001

Read More......
 

Sejak 16 Feb 2009

Free Counters
lasting relationship