Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Majlis Perasmian Gelanggang

Majlis Buka Gelanggang yang telah diadakan di Sungai Petani, Kedah. Dikirimkan melalui emel oleh seorang ahli yang menggelarkan dirinya sebagai, Faiz Omaq. Seperti yang tercatat pada gambar yang dikirim majlis telah diadakan pada 1.11.2008. Gambar dikirim pada 17.9.2009, mengikut rekod emel saya. Terima kasih...


Read More......

BLOG DATOK ORANG KAYA SETIA TUNGGAK ALAM

Sila klik link dibawah untuk ke blog Datok Orang Kaya Setia Tunggak Alam, Datok Ahmad Nahzarudy b Bolia. Banyak informasi menarik dan terkini tentang Gayong Maarifat di sana.


DATOK ORANG KAYA SETIA TUNGGAK ALAM

Read More......

Selamat Hari Raya

Read More......

Kursus-Kursus Express

"datonahza (guest): berminat menyertai pssgmm tempat tinggal di sediakan.. eksklusif di kota bharu kelantan.. menawarkan kursus2 express.. no tel: 013-9683786"

Pesanan di atas dipetik dari chatroll dan diblogkan sebelum hilang dek pesanan-pesanan baru. Kepada anick19, kalau ada apa-apa masalah call nombor kat atas tu, susah nak bincang lebih-lebih kat chatroll. Kepada ibatulzawie, salam perkenalan dan terima kasih. Ahli-ahli GM yang buatkan blog ini meriah...

Read More......

Gayong Maarifat di Majalah 3



Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Muhd Zain, merasa sendiri tenaga dalam Gayong Maarifat. Cerita-cerita lanjut mengenai dokumentari yang disiarkan tersebut akan diblogkan dari masa ke semasa. Segmen yang disiarkan adalah tentang ilmu kebal dan penunduk. Telah disiarkan sebentar tadi, pada jam 9.30 malam hari Sabtu, 11 Julai 2009.

video

Read More......

Skuad Elit

Pada posting kali ini, izinkan saya untuk memberikan ulasan awal tentang pertanyaan yang ditinggalkan oleh anick19 pada kedua-dua chatroll yang di'embed'kan pada blog ini. Persoalan tersebut pada mulanya ditinggalkan pada Gayong Maarifat's Teh Tarik Corner pada Jul 8 2009, 11:25 AM. Akan tetapi masih tiada ulasan dari mana-mana ahli tentang persoalan tersebut. Lebih-lebih lagi dari wakil pusat. Mungkin disebabkan oleh itu, maka beliau meninggalkan pula persoalan yang sama di Gm's club Chatroom pada 10 2009, 9:41 AM.

Pertanyaan beliau berbunyi seperti berikut. "bagaimana dengan ahli yang baru masuk mcm saya,baru saja mendapat gerak tetapi tidak dapat turun ke gelanggang kerana kesibukan kerja..adakah memadai dengan amalan sahaja saya boleh meggunakn gerak untuk bersilat atau kena turun ke gelanggan juga untuk mendapatkan gerak tari dan buah2 silat yang terkangdung dlm silibus silat GM..harap bantu saya.."

Saya bukanlah orang yang paling layak untuk menjawab pertanyaan tersebut. Akan tetapi jawapan sementara saya ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu beliau dan lain-lain. Jawapan saya ini adalah berdasarkan kepada tawaran yang telah dibuat oleh ahli pusat kepada saya tempohari.

Jawapan saya adalah, untuk mendapatkan pelajaran seperti yang terkandung dalam silibus GM, perlu bergelanggang. Ini bermakna beliau perlu hadir ke gelanggang untuk mempelajari semua matapelajaran yang terkandung perguruan ini. Walaubagaimanapun, sekiranya, saudara sekalian mempunyai cukup bilangan ahli. Saudara bolehlah membuka gelanggang di tempat saudara sendiri. Selepas itu, pihak pusat akan menghantar skuad elit untuk mengajar. Bukankah begitu, wakil pusat? Sila hubungi wakil pusat di nombor, Gombak: 03-61894810 Bukit Tinggi: 012-6252377 untuk maklumat lanjut.

Read More......

Pengalaman Ahli-Berlawan Dengan Hantu

Ini adalah satu lagi kisah pengalaman ahli Gayong Maarifat dalam applikasi ‘gerak’. Kisah pada kali ini adalah tentang pengalaman ahli tersebut berlawan dengan hantu. Ini merupakan penglaman beliau ketika menuntut di Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru pada tahun 2007.

Menurut ahli tersebut, kawasan IKM tersebut memang terkenal dengan tempat yg agak 'keras'. Ahli tersebut tinggal di dalam dorm atau asrama, dimana dalam 1 dorm mempunyai 20 org. Pada satu malam kawan-kawan beliau di dalam dorm seronok semacam saja. Mereka ketawa berdekah-dekah sehingga lewat malam.

Ketika hendak tidur ahli tersebut berkata di dalam hati yang malam ini mesti mereka akan kena 'ganggu'. Tanpa memberitahu sesiapa tentang perasaan beliau, ahli tersebut terus masuk tidur.

Lebih kurang hampir pukul 4 pagi kawan-kawan dalam dorm tersebut tiba-tiba bising mengatakan mereka ternampak kelibat putih melintas di dalam dorm. Ahli tersebut bertanya kepada kawan-kawan tentang perbuatan mereka malam tadi. Mereka memberitahu bahawa mereka tengok cerita 18sx di handphone. Ahli tersebut terus memarahi kawan-kawannya, sambil berkata, 'yang pi tengok cerita macam tu malam-malam buat apa, kan dah kena'. Ahli tersebut teringat perasaan beliau sebelum masuk tidur tadi.

Ahli itu kemudian terus membuka gerak dan 'scan' di dalam dorm. Sampai di penjuru bilik, ‘gerak’nya menjadi berat dan dia mengagak yang ‘makhluk’ itu mesti duduk di situ. Kemudian rakan beliau yang mempunyai kelebihan melalui keturunan untuk melawan makhluk halus terus pergi ke penjuru bilik tersebut. Dia kemudian seperti ditarik.

Ahli GM yang melihat kawannya ditarik terus membuka gerak dan bantu kawannya. Kemudian benda itu menjadi semakin agresif. Ahli GM 'pasak' ‘benda’ tersebut dan kawannya terus menangkap ‘benda’ tersebut dengan menggunakan kain. Kawan ahli tadi terus menanam ‘benda’ tersebut di belakang dorm. Selepas siap kebumikan ‘benda’ tersebut, kawan ahli mmbuka baju yang dipakai dan ternampak kesan calar akibat cakaran ‘benda’ tersebut, ludah kawan ahli itupun turut mengeluarkan darah. Kemudian beliau balik ke rumah untuk membuang bisa.

Selepas itu, ahli GM tersebut menyangkakan yang semuanya telah berakhir. Akan tetapi, 3 hari sebelum cuti semester ahli tadi ditindih ‘benda’ tersebut yang ingin 'repeat' kembali sehinggakan hendak menyebut kalimah ALLAH cukup sukar. Kemudian ahli membuka gerak menggunakan hati dan ‘benda’ itu terus ghaib. Kemudian ‘benda’ itu masuk ke alam mimpi beliau. Beliau menyuruh ‘benda’ itu menunjukkan diri untuk berlawan tetapi ‘benda’ itu tidak keluar dan terus hilang. Semenjak dari hari itu tiada apa-apa lagi yang berlaku...

Read More......

Agama Michael Jackson

Sehingga ke hari ini masih belum kedengaran di media-media utama dunia tentang upacara pengkebumian Michael Jackson. Yang menjadi tandatanya adalah tentang agama yang dianuti beliau? Adakah benar yang beliau telah memeluk Islam? Sementara itu, adakah lagu ini dinyanyikan oleh beliau?



Michael Jackson Give Thanks to Allah Lyrics:
Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
praise him all day for,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is
the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is
the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is
the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is
the one who has power over all.

Sumber: www.mp3lyrics.org

Atau Zain Bhikha yang menyanyikan lagu tersebut?

Read More......

Michael Jackson: Al-Fatihah?


Seperti yang telah tersedia maklum, Michael Jackson, Raja Pop Dunia, telah pergi meninggalkan kita, pada hari khamis lepas. Pada hujung tahun lepas, ada desas-desus yang beliau telah memeluk Islam dan menggunakan nama Mikail. Akan tetapi perkara tersebut belum dapat dipastikan sepenuhnya. Ada yang kata beliau tidak memeluk Islam. Ada juga yang kata, beliau memeluk Islam hanya untuk menyelesaikan masalah beliau dengan kerabat Raja Bahrain. Semalam, abang beliau Jermaine Jackson yang telah memeluk Islam lebih kurang 20 tahun yang lalu, dengan nada sedih telah berkata, "May Allah be with Michael", atau semoga Allah bersama-sama dengan Michael. Sehingga kini upacara pengkebumian masih belum dijalankan kerana beberapa pihak masih belum berpuashati dengan kematian beliau. Siasatan masih diteruskan. Pada hari pengkebumian itu nanti barulah persoalan ini akan terjawab.

Read More......

Selamat Hari Bapa

Read More......

Al-Quran

Read More......

Pengalaman Ahli- Misteri Nusantara Part 2

Pada ruangan Pengalaman Ahli kali ini saya akan memaparkan kisah yang anda akan baca sendiri tentang pengalaman salah seorang ahli yang terlibat dalam pembikinan Misteri Nusantara tempohari. Catatan pengalaman tersebut telah dicatatkan pada ruangan Pengalaman Ahli yang telah saya sediakan pada blog ini. Harapan saya lebih banyak lagi ahli dapat berkongsi pengalaman dengan kami. Walaubagaimanapun, maafkan saya kerana telah membuatkan cerita ini memotong queue. Sepatutnya Pengalaman Mistik-Bulu Tangkis diikuti dengan Pengalaman Ahli-Berlawan Dengan Hantu diceritakan dahulu mengikut kronologi. Saya tidak mengedit cerita ini, cuma melengkapkan ejaan yang ringkas. Ikuti catatan pengalaman oleh saudara Zulhilmi...

Assalamualaikum..saya adalah salah seorang yang shooting dalam rancangan misteri nusantara yang disiarkan dalam TV3 haritu. Sebenarnya TV3 telah tersalah bagi info kepada para penonton tentang penggunaan ahli baru yang digunakan sebagai medium untuk jin itu masuk.Sebenarnya orang yang digunakan sebagai medium untuk kami masukkan jin kedalam tubuhnya adalah orang awam yang volunteer untuk digunakan tubuhnya. Dia seorang hafiz quran dan setuju untuk kami gunakan tubuhnya. Ia adalah untuk menunjukkan bahawa ilmu yang kita pegang dan amalkan tidak mustahil untuk kita memasukkan jin kedalam medium apa sekalipun samada botol, orang atau apa sahaja. Tentang menangkap jin dalam botol itu hanyalah menggunakan gerak sahaja iaitu dengan yakin dan berserah sepenuhnya pada Allah yang maha berkuasa. Semasa lampu cerah memang tak boleh ditengok jin di dalam botol tu tetapi apabila lampu ditutup gambar jin didalam botol itu dapat dilihat melalui camera digital. Ini kerana jin yang telah dimasukkan kedalam botol itu telah dikunci dan dengan doa kalimah kami mintak pada Allah supaya zarah jin itu dapat ditangkap gambarnya. Gambar yang original ada pada saya. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Dato' Orang Kaya Setia Tunggak Alam Orang Kaya Besar Berempat Gayong Makrifat iaitu wakil wilayah timur Dato' Orang Kaya Ahmad Nahzarudy (0139683786) atau saya sendiri zul(012913336). Sama-samalah kita meningkatkan lagi jemaah kita supaya menjadi jemaah yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan Islam dan menjaga bangsa kita sendiri. Wassalam.

Read More......

Amanat Naga Merah


Siapa saya?


Assalamu alaikum...

Seperti yang anda telah ketahui, terdapat dua chat room pada blog ini. Chat room, Teh Tarik Corner, di sebelah kanan blog adalah hasil daripada pendaftaran saya sendiri. Manakala yang di sebelah kiri blog, iaitu GM's Club Chat Room, bukanlah hasil pendaftaran saya. Tapi sebaliknya didaftarkan oleh GM's Friend mungkin dari Myspace. Saya hanya embed di blog ini untuk kemudahan semua.

Pada pandangan saya, ada satu pesanan yang menarik yang ditinggalkan oleh Naga Merah, yang hendak saya abadikan pada posting kali ini. Maklumlah pesanan pada chat room akan hilang apabila ada pesanan baru dan baru nanti. Pesanan tersebut telah ditinggalkan pada 1 Jun 2009 dan berbunyi seperti berikut:-

"assalamualaikum semua teman2 segayung sekalian...harapan saya agar anda semua dalam rahmat dan dalam keredhaan allah...

jangan lupa kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku....

saya sekali lagi berharap agar tidak berlaku perpecahan di kalangan jemaah kita...dan saya doakan agar kita semua terus kukuh dan terus utuh untuk mempertahankan agama bangsa dan negara...ikhlas dari naga merah...wassalam....."


Kemelut Politik

Pada pandangan saya pesanan itu ada kaitannya dengan perkembangan politik tanah air kita pada ketika dan saat ini. Kuasa politik melayu seakan-akan terhakis. Sekurang-kurangnya itulah pandangan saya. Kemenangan calon-calon yang bertanding bukan ditentukan oleh melayu islam. Bukanlah tujuan saya untuk menyatakan siapa yang betul atau siapa yang salah. Terpulanglah pada anda untuk membuat pendirian. Akan tetapi yang pastinya adalah kita sedang berpecah. Mungkinkah tragedi yang telah berlaku kira-kira 40 tahun yang lalu akan berulang. Pada andaian saya itulah yang cuba hendak disampaikan oleh Naga Merah. Maklumat lanjut tentang tanda-tanda yang saya maksudkan boleh dibaca di sini atau http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/05/13/may-13th-1969-the-correct-view-part-1/. Sila baca kesemua artikel-artikel yang berkaitan. Tak perlulah saya menghuraikannya dengan lebih lanjut. Dan renung dan fikirkanlah.



Read More......

Akan Datang-Pengalaman Ahli-Part 3

Berlawan Dengan Hantu



Read More......

Video Lagi...Pecah Buah Keras

Read More......

Ada Lagi...Video

Read More......

Selamat Hari Guru


[ Testi Ucapan4u ] [ Malaysia Tv Series ]

Termasuk Guru-Guru Silat

Read More......

Panglima Istana Perak

Blogger Bergambar Kenang-kenangan bersama Engku Panglima Istana Perak. Berlatarbelakangkan Singgahsana DYMM Sultan Perak selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Bintang Negeri oleh DYMM Raja Muda di Balairong Seri, Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Dibelakang sedang duduk adalah Panglima Dawam (kalau tak salah saya), ketua jejawat-jejawat yang membawa masuk Lembing dan Payung Kerajaan.
*Cerita lanjut akan dituliskan di blog Selain Gayong Maarifat.

Read More......

Selamat Hari Ibu

AHAD, 10 Mei 2009 Al-Fatihah untuk arwah ibu saya dan ibu-ibu ahli yang telah kembali ke rahmatullah.

Read More......

Makan Malam Amal




Ada pengumuman penting yang ditinggalkan oleh wakil pusat pada salah satu ruangan komen. Untuk mengelakkan daripada terlepas pandang maka dicatatkan di sini. sayapun rasa macam nak pergi. Hari Sabtu pula tu, cuti, dekat dengan rumah abang saya. Boleh tidor sana semalam lepas makan. Harap wakil pusat dapat memberikan maklumat yang lebih terperinci...Saya cadang nak booking 4 kerusi untuk bawa keluarga sekali. Kalau bolehla. Tapi isteri sayapun ahli juga. Anak bukan. Diaorang ahli TKD dan lain...Pengumumannya berbunyi seperti berikut.

Boypunk said. 23/5/09. ni ader majlis makan amal di tasik titiwangsa. 1 seat rm35 klu x silap. makan sedap2 biasanya. sama2 kita rapatkan ukuwah kita disana.

jmpa disana.


viva la GM's

06 May 2009 00:03





HARAP MAKLUM

Read More......

Tahniah Kepada Tomok


Juara One in a Million Season 3 (OIAM3)

Read More......

Gayong Maarifat- Wikipedia Part 2

Pelajaran
Di samping kesenian, unsur spiritual kerohanian Islam diterapkan juga seperti membaca ayat suci Al-Quran sebagai pendinding diri dari sihir dan penguat semangat, fikiran serta perasaan pesilat.

Kaedah bela diri dan kesenian dalam persilatan ini terbahagi kepada 7 permainan:

1.Buah Pukul Minang
2.Sendeng Dua Beradik
3.Terlak Sumatera
4.Cekak Minang
5.Harimau Minang
6.Panglima
7.Laksamana
Kesemua pelajaran ini telah disusun dalam bentuk kurikulum pelajaran yang kemas dan setiap pelajar perlu mengikuti ujian kenaikan bengkung bagi menentukan kelayakan setiap pelajar.

Tahap bengkung
Tahap bengkung dalam PSSGMM terbahagi kepada 3 tahap iaitu :-

1. Cindai Kuning. a) Cindai Kuning Pelangi Biru Satu b) Cindai Kuning Pelangi Biru Dua c) Cindai Kuning Pelangi Biru Tiga

2. Cindai Merah a) Cindai Merah Pelangi Hijau Satu b) Cindai Merah Pelangi Hijau Dua c) Cindai Merah Pelangi Hijau Tiga

3. Cindai Hijau a) Cindai Hijau Pelangi Kuning Satu b) Cindai Hijau Pelangi Kuning Dua c) Cindai Hijau Pelangi Kuning Tiga

Setiap tahap bengkung dalam pembelajaran PSSGMM memakan masa 3 bulan untuk sampai ke tahap kemahiran.

Pihak PSSGMM bercadang untuk memperkenalkan tahap cindai kuning kepada pelajar sekolah kerana ia mudah dipelajari, boleh digunakan dalam pertandingan silat olahraga dan pertunjukan sebagai ilmu bela diri.

Disamping sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi Awam.

Cindai Kuning Pelangi Biru Satu
Matapelajaran di gelanggang
Senaman Tua
Pernafasan 5
Pelebat Sendeng Terlak
Tubi 9
Taji 7
Pecah Pukul 7
Golek Anak Harimau
Majlis Mandi Adat Penerimaan Murid
Limau nipis 2 biji + limau purut 1 biji
Belanja kenduri pelajar : RM 85
Tujuan mandi adat ini diadakan adalah untuk memasukkan doa keselamatan, pagar diri ke dalam limau bagi ,melindungi murid-murid Gayong Ma’arifat dari kecelekaan dan sihir.

3. Majlis Adat Pengijazahan & Pembukaan Tenaga Minda a) Doa selamat b) Ucapan pengenalan tenaga minda oleh Guru Utama c) Pembukaan pintu tenaga minda oleh Guru Utama (majlis dibuat secara tertutup) d) Kenduri doa selamat untuk meraikan murid-murid Gayong Ma’arifat, tetamu, ibubapa, murid-murid GM. (majlis dibuat secara terbuka. e) Pertunjukan silat oleh gelanggang GM berkenaan & gelanggang GM jemputan.

Permainan Langkah Laksamana

1.Latihan silat tangan kosong = Memukul & mengelak 21x
2.Latihan silat senjata keris = Menikam & mengelak 21x
3.Latihan silat senjata parang = Menetak & mengelak 21x
• Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu yang mirip senjata sebenar & dilatih mengikut 3 tahap iaitu :- Perlahan / sederhana laju / laju • Disamping itu, anda akan diajar dengan petua senjata

Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )
Ujian kemahiran kenaikan bengkung

• Matapelajaran cindai kuning pelangi biru satu (Fizikal & tenaga) • Tempur 1 lawan 1 serta kreativiti permainan individu

Cindai Kuning Pelangi Biru Dua
1. Matapelajaran di gelanggang a) Pelebat Gembur Harimau b) Asas 9 Gayong semilar sakti c) Pecah pukul 9 d) Pecah pukul 11 e) Tangkisan serangan > Bawah : Kaki / Sisi Tengah : Sendeng Atas : Siku / Sendeng

f) Petua membaca gerak musuh (pandang antara bahu & tengah tubuh

g) Rencah : Asas (Pelebat, Tubi, Taji, Pecah pukul) • Pukul / elak / pukul • Sederhana laju (guna sarung tangan)

2. Permainan Langkah Laksamana

1. Latihan silat tangan kosong = Memukul & mengelak 21x

2. Latihan silat senjata keris = Menikam & mengelak 21x

3. Latihan silat senjata parang = Menetak & mengelak 21x

- Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu yang mirip senjata betul & dilatih mengikut 3 tahap iaitu :- Perlahan / sederhana laju / laju.

3. Rencah : Kemahiran Tempur - Gabungan seluruh pelajaran pelangi satu & dua yang direncahkan dalam pertempuran secara laju. Waktu pertempuran, pesilat dikehendaki menggunakan petua & akal & diselangi dengan permainan gerak langkah laksamana secara berselang-seli. Tujuan latihan ini, untuk melatih pesilat, boleh bersilat dalam keadaan biasa atau menggunakan tenaga minda. - Gunakan sarung tangan

Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )
UJIAN KEMAHIRAN KENAIKAN BENGKUNG

Matapelajaran Cindai Kuning Pelangi Biru Dua(Fizikal & Langkah Laksamana) - Tempur satu lawan 2 serta kreativiti permainan individu

Cindai Kuning Pelangi Biru Tiga
1. Matapelajaran di gelanggang a) Pelebat gempur tuah b) Pecah pukul 13 c) Rahsia langkah 1, 2, 3, 4. d) Rahsia sasaran pukulan : - Pangkal telinga 100% - Dahi 60% - Hidung 60% - Dagu 50% - Halkum 90% - Ulu Hati 80% - Penyawa 100% - Rusuk 60% - Bawah Ketiak 60% - Sendi-sendi tubuh 80%

e) Kincir tangan : - Buang - Buang pukul

f) Kincir siku - Buang - Buang pukul

g) Tempur rencah ( kemahiran 2 ) (guna sarung tangan)

2. Permainan Langkah Laksamana

a) Latihan silat tangan kosong : Pukul / elak / pukul / tangkap 21x b) Latihan silat senjata keris : Tikam / elak / tikam / tangkap 21x c) Latihan silat senjata parang : Tetak / elak / tetak / tangkap 21x

- Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu yang mirip senjata sebenar & dilatih mengikut 3 tahap iaitu : ( Perlahan / Sederhana laju / Laju )


Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )
UJIAN KEMAHIRAN KENAIKAN BENGKUNG - Matapelajaran CIndai Kuning Pelangi Biru Tiga (Fizikal & Langkah ) - Tempur 1 lawan 3 serta kreativiti permainan individu


Dipetik Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Please don't ask me, I'm lost too!

Read More......

Gayong Maarifat- Wikipedia Part 1

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia (PSSGMM)merupakan salah satu persatuan seni Silat Gayong di Malaysia.

PSSGMM merupakan salah satu di antara silat melayu tua yang berada di Malaysia pada waktu ini yang masih mengekalkan pembelajaran cara lama dan disiplin serta kesenian silat melayu tua. Seni silat ini membawa kaedah persilatan yang unik dari gerak tari dan pergerakan permainan dan bela diri dari Sumatera, Pahang, Melaka (Melayu Palembang) dan Jawa Tengah. Gabungan kesenian dalam persilatan ini sangat menarik dan dapat menambat hati pencinta seni silat kekal membawa budaya seni ini dalam kehidupan mereka.

Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) telah berkembang keseluruh Malaysia semenjak 1993 hingga kini dan telah mempunyai murid atau pelajar seramai 15 ribu orang. PSSGMM hari ini berada di Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu termasuk Sabah dan Sarawak.

PSSGMM telah diasaskan oleh Datuk Dr. Azam b. Zulkifli selaku Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia pada Januari 1990 di Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau juga merupakan Guru Utama / Pengasas PSSGMM / Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat PSSGMM yang memegang gelaran Yang Dipertuan Besar Panji Alam. Beliau telah dilantik selaku Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia seumur hidup yang menjaga sistem pendidikan adat istiadat selaku penasihat dan penguatkuasa undang-undang adat dalam PSSGMM

Beliau berasal dari Pekan Pahang Darul Makmur dan merupakan salah seorang di antara pewaris ilmu persilatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Seni Silat Gayong Ma’arifat telah diasaskan oleh beliau berdasarkan daripada ilmu yang telah dipelajari oleh beliau selama diperantauan semenjak 1977.

Beliau tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan lain-lain urusan PSSGMM kerana PSSGMM mempunyai susun atur pentadbirannya sendiri terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pusat yang diketuai oleh Presiden Agong PSSGMM iaitu En. Mohd Nizam B. Zainal serta Ahli Jawatankuasa Pusat serta Persatuan Negeri.

PSSGMM telah didaftarkan pada 1993 di bawah Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Wilayah Persekutuan dan didaftar semula pada 1998 sebagai Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, rujukan sijil daftar : 1176

Tujuan dan matlamat PSSGMM yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (KDN 1176) adah seperti berikut:

1.Menghidup dan mengembangkan warisan seni silat Gayong Ma’arifat kepada masyarakat dan menaikkan tarafnya dimata dunia.
2.Memupuk & memelihara nilai-nilai kesenian persilatan & budaya melayu yang bersesuaian dengan kesenian dan budaya Negara
3.Membenteras serta membasmi kepercayaan tahyul & kurafat yang tidak bersesuaian dengan iktikad Islam
4.Menanam sifat berdikari, ketahanan mental & kecergasan diri
5.Mempertinggi dan menghalusi nilai-nilai akhlak yang sempurna dan terpuji serta berperibadi tinggi.
6.Menyatu dan mendidik semua ahli-ahli Pesilat Seni Silat Gayong Ma’arifat di bawah satu persatuan yang tersusun dalam membina satu generasi yang bermoral dan berdisiplin serta memelihara warisan pusaka bangsa.

Dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Read More......

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Jumaat, 1 Mei 2009




Read More......

Akan Datang-Pengalaman Mistik-Part 4

Bulutangkis




Read More......

Pengalaman Ahli-Bocor Tayar Motorku

Ini bukan di Gerik, Perak


Ini bukanlah pengalaman saya. Tetapi merupakan pengalaman seorang ahli Gayong Maarifat. Pengalaman ini telah diceritakan kepada saya melalui ruang pengalaman ahli yang disediakan di blog ini. Pada kebiasaannya apabila berbicara tentang pengalaman di dalam Gayong Maarifat, kita akan berbicara kebanyakkannya tentang hal-hal yang ghaib sahaja. Pengalaman yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar. Seperti boleh bersilat, pagar ghaib dan sebagainya, merujuk kepada pengalaman saya sendiri. Kita memohon kepada Allah terpulang kepadaNya samada untuk membantu kita secara nyata atau tidak membantu kita langsung. Tetapi pengalaman ahli yang diceritakan kepada saya sedikit berbeza, di mana pertolongan yang datang adalah dalam bentuk yang nyata.

Ini adalah pengalaman seorang ahli Gayong Maarifat dalam aplikasi 'Gerak. Pada suatu hari beliau ingin pergi mandi dan berkelah bersama kawan-kawannya di Sg Berok, Gerik, Perak. Negeri Perak memang antarabangsa, ada Greece (Gerik), Paris (Parit) dan juga Boston (Bota). Itu belum termasuk Lumut dan Dinding. Kawasan perkelahan tersebut terletak lebih kurang 15 km dari rumah beliau. Walaubagaimanapun ahli tersebut bersama dengan seorang lagi kawannya pergi lewat sedikit daripada kawan-kawan yang lain.

Akhirnya kesemua kawan-kawannya telah pergi dan beliau bertolak seorang diri. Sampai separuh jalan tayar motor beliau telah bocor. Beliau keresahan dan 'pening kepala', tak tahu apa nak buat. Nak cari kedai motor pun mana nak ada, tengah-tengah jalan, Gerik pula tu, kawasan hulu Negeri Perak, tambah-tambah dalam perjalanan nak ke kawasan perkelahan, lagila hulu (jangan marah). Tiba-tiba hati beliau tergerak untuk menggunakan 'gerak'. Dalam 'gerak' beliaupun berniat, jika Allah memberi bantuan kepada beliau, beliau bersyukur, tapi kalau tidak ada bantuan sekalipun beliau redha.



Selesai membuat 'gerak', beliau mula menolak motornya. Sebaik sahaja menolak motor tersebut dalam 10-15 tapak, datang seorang pakcik dengan menaiki kereta. Pakcik itupun, bertanya kenapa dengan motor beliau. Beliau menjawab, "bocor". Selepas itu pakcik tersebut terus membawa keluar alat untuk membuka tiub tayar. Selepas membuka tiub tayar pakcik tersebut mengeluarkan pelekat untuk tampung kebocoran. Memang cukup alat yang dibawa keluar oleh pakcik itu. Spanar, pelekat tayar, siap dengan pam angin sekali. Setelah siap pakcik itupun berlalu pergi. Sekian, harapan saya ada lagi ahli yang mahu berkongsi pengalaman di sini.


Read More......

Arkib GM-1

Gambar-gambar aksi GM sekitar tahun 2001 di 'scan" dari surat khabar tabloid, tapi namanya dah lupa...



Di Bukit Tinggi, cikgu ni yang ajar saya, siap pergi minum dekat perhentian, tapi nama dah lupa...




Yang ni saya belum test...



Inipun belum...


Jika anda mempunyai koleksi gambar yang ingin dikongsi bersama, sila emelkan kepada saya di blogergm@gmail.com

Read More......

Selamat Ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke 81 Pada 19 April 2009


Read More......

Akan Datang-Pengalaman Ahli-Part 2

Bocor Tayar Motorku

Read More......

Maklumat PSSGMM

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai

PSSGMM, seperti Gelanggang, Cawangan,

Perkhidmatan dan sebagainya, sila hubungi

nombor-nombor berikut:-



Gombak:
03-61894810


Bukit Tinggi: 012-6252377

Read More......

Pengalaman Ahli- Misteri Nusantara


Genie in a Bottle

Kebetulan pada malam itu saya telah diarahkan oleh boss saya untuk mewakili beliau dalam satu majlis. Bosannya saya, apatah lagi apabila saya sampai ke majlis itu, kawan-kawan yang rapat dengan saya tidak ada. Orang yang saya kenal adalah, tapi mentang-mentanglah mereka...tak payah cakaplah. Tiba-tiba saya menerima sms daripada isteri saya. SMS tersebut tertulis lebih kurang seperti berikut, "Ada Gayong Maarifat dekat Misteri Nusantara". Lagilah kecewa menonggeng rasanya. Tapi apa nak buat, dah tugas.

Apabila saya pulang dari rumah saya telah diberikan gambaran tentang siri tersebut oleh ahli keluarga saya. Cerita ini adalah hasil daripada gambaran yang telah diberikan oleh mereka. Jika ada ahli yang menonton siri tersebut pada malam itu, bolehlah membetulkan cerita ini, jika ianya menyimpang dari cerita asal. Atau, jika terkurang asam atau garamnya, bolehlah ditokok tambah.

Gist ceritanya, adalah tentang menangkap jin di satu rumah yang telah lama ditinggalkan. 2/3 orang ahli lama telah pergi ke rumah tersebut dengan tujuan untuk menangkap makhluk halus yang menghuni rumah tersebut. Bersama-sama mereka adalah ahli baru yang sedang diuji samada dia dapat merasai kehadiran makhluk tersebut ataupun tidak.

Saya difahamkan oleh ahli keluarga saya bahawa ahli baru tersebut telah digunakan sebagai medium antara penangkap dan makhluk itu. Dikhabarkan kepada saya juga bahawa makhluk yang bercakap melalui ahli baru itu, telah memberitahu bahawa usianya adalah 400 tahun. Pada pandangan saya, merujuk kepada penulisan saya "Tentang Jin", usia itu menunjukkan bahawa jin itu masih muda. Anak jin tu. Sebab jin boleh hidup beribu-ribu tahun. Jin zaman Nabi Sulaimanpun mungkin masih ada yang hidup.

Dikhabarkan juga pada saya bahawa, selepasa itu beberapa jin telah ditangkap dan dibotolkan. Saya pernah belajar tentang teknik menangkap jin ni semasa mengikuti kursus 3 hari. Tapi tak diamalkanpun. Notanyapun entah kemana kalau nak dirujuk. Cikgu yang mengajarkan teknik itu telah memberitahu kepada saya selepas jin dibotolkan, botol itu akan kelihatan seperti berwap dan ada getaran elektrik yang lemah dapat dirasakan pada botol tersebut.

Dalam episod Misteri Nusantara tersebut, anak saya memberitahu bahawa apabila lampu terang, tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan ada sesuatu di dalam botol . Tapi apabila lampu dipadamkan ternampak seakan-akan ada beberapa mata berwarna merah di dalam botol itu.

Read More......

Pengalaman Ahli

Read More......

Pengalaman Mistik- Part 3.

Sesat

Di sini akan dipaparkan dua kejadian yang berlaku di tempat yang berasingan. Mungkin tiada kaitan langsung di antara kedua-dua kejadian ini. Walau bagaimanapun, ianya dinukilkan sekadar untuk renungan bersama. Walaupun kedua-dua kejadian ini berlaku di tempat yang berasingan, tetapi kejadian-kejadian itu berlaku di satu mercutanda yang sama. Dan kejadian-kejadian ini berlaku tidak jauh antara satu sama lain dan ianya berlaku serentak.

Mercutanda yang saya maksudkan adalah di Menara Berkembar yang tertinggi di dunia setakat ini iaitu Menara Berkembar Petronas atau Kuala Lumpur City Center ataupun KLCC. Lebih tepat lagi kejadian-kejadian ini berlaku di Suria KLCC.

Seperti kebiasaannya kedua-dua arwah ibu dan ayah saya akan datang melawat saya dan keluarga dengan membawa bersama-sama dengan mereka cucu sulung mereka iaitu anak kepada abang saya. Biasanya mereka akan bermalam di rumah saya yang pada masa itu, di Selayang, untuk dua atau tiga malam.

Seperti kebiasaannya juga, tempat yang kami selalu kunjungi adalah Suria KLCC. Setelah seharian di sana kami akan pulang semula ke rumah sewa saya. Entah kenapa pada hari itu saya turun dulu ke tempat meletak kereta. Setelah agak beberapa lama kemudian masih tiada kelibat keluarga saya mahupun kedua-dua arwah ibubapa saya bersama dengan anak saudara saya.

Setelah habis beberapa batang rokok saya mula keresahan. Nak tanyapun, pada masa itu handphone bukanlah satu kebiasaan seperti pada masa ini. Dulu kalau ada handphone bak kata kawan-kawan saya "pecah kepala" iaitu bangga habis. Berbanding dengan sekarang ini handphone dah menjadi satu keperluan bukannya keinginan.

Entah kenapa juga, tiba-tiba saya seperti digerakkan seperti dalam 'gerak'. Di dalam 'gerak' tersebut saya seolah-olah diminta untuk mencari arah kiblat. Buat beberapa ketika saya berpusing-pusing, tercari-cari arah kiblat (nasib baik tak ada orang yang tengok, kalau tidak...) dan berhenti apabila saya yakin yang itu adalah arahnya. Tapi tak dapat nak dipastikanlah bahawa itu adalah arah kiblat yang sebenarnya sebab tak cukup alat. Walau bagaimanapun bukan itu ceritanya, yakni mencari arah kiblat, tapi cerita lain, iaitu , sesat...

Tidak beberapa lama kemudian yang ditunggupun telah tiba. Saya berasa lega yang teramat sangat. Rupa-rupanya, saya diberitahu oleh isteri saya bahawa mereka sebenarnya lewat kerana tercari-cari arwah ayah saya yang tidak dapat dikesan. Menurut cerita arwah ayah, dia telah tersalah tingkat. Maksud saya setelah lift terbuka dia telah turun dan begitu yakin yang tingkat itu adalah tingkat di mana kereta kami berada. Maklumlah di tempat meletak kereta kompleks membeli-belah, kalau tak hafal tingkat dan nombor petak, semuanya nampak sama saja. Arwah tercari-cari kami tapi kereta tiada apapun tiada. Arwah juga sukar untuk mencari semula lift setelah berlegar-legar di sekitar tingkat tempat meletak kereta yang salah itu...

Sekian paparan saya mengenai Pengalaman Mistik pada kali ini. Itulah saja yang masih segar dalam ingatan saya pada masa ini, beberapa perincian lain, seperti kenapa arwah boleh terlepas dari ahli-ahli keluarga saya yang lain saya tak pasti. Saya hanya memaparkan, terpulang kepada anda untuk membuat sebarang andaian. jangan biarkan hidup anda diselubungi oleh... MISTERI!-Al-Fatihah untuk arwah berdua.

Read More......

Ada Lagi Video Aksi Dari Youtube

Read More......

AKAN DATANG- Pengalaman Mistik- Part 3

Sesat

Read More......

Lagi Video Aksi Dari Youtube

Read More......

Pengalaman Mistik- Part 2.

Penyeluk Saku.

Kejadian ini berlaku hampir-hampir pada masa yang sama dengan kejadian jeans murah yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Pada masa itu saya saya dan isteri telah pergi ke Taman Tun untuk makan tengahari. Sebelum itu saya terpaksa ke mesin ATM untuk mengeluarkan sedikit wang sebab dompet dah kosong. Saya tak ingat kenapa saya keluarkan duit di situ sedangkan di kawasan pejabat saya di Jalan Duta ada mesin ATM, BSN. Kalau keluarkan di pejabat tadi lebih selamat.

Walau apa-apapun, sebaik tiba di Taman Tun, saya mencari mesin ATM BSN dan mujur ada. Kalau tidak, syoru miss. Setibanya di situ saya dengan jelas dapat memerhatikan seorang jejaka berbadan kurus, umpama mat gian sedang memerhatikan saya dalam keadaan yang agak mencurigakan. Saya mengesyaki sesuatu.

Tapi tak kisahlah. Kalau berani cubalah. Sayakan ada Gayong Maarifat. Lagipun kalau tak ada gayongpun tak apa. Saiz tubuh mamat tu kecil saja, boleh makan. Itu kalau nak gaduh, bolehla makan. Tapi kalau dia diam-diam seluk poket saya dan ambil dompet nak buat macamana? Tak bolehla makan. Tawakal sajalah, tiada daya, tiada upaya melainkan dengan izin Allah jua.

Sayapun mengeluarkan wang dan dengan sengaja, tanpa berselindung, mengira wang itu di hadapan mamat tadi sebelum memasukkannya ke dalam dompet. Dompet itu kemudiannya diletakkan di poket belakang seluar saya seperti kebiasaannya. Setelah itu sayapun berjalan menuju ke restoran dengan tujuan untuk makan tengahari.

Dalam perjalanan menuju ke sana saya terdengar bunyi tapak kaki di belakang saya. Bunyi tapak kaki tersebut semakin lama semakin hampir dan semakin hampir. Saya terasa sangat teruja. Masa untuk beraksi. Bila lagi? Tapi, tiba-tiba, teringat saya pesanan Ustaz Azam. Buat apa nak bergaduh secara fizikal, penat. Kalau boleh, cabut niat jahat dulu. Jika tak boleh, kunci. Jika tak boleh juga, baru lawan. Itu pesannya.

Sebenarnya dalam gerak, itu yang selalu saya latihkan diri saya. Cabut niat, kunci dan lawan. Untuk makluman pembaca teknik mencabut niat ini pernah saya gunakan sebelum ini. Pada suatu petang, saya telah diarahkan untuk menghadiri satu mesyuarat. Boringnya saya. Mesyuarat Petang?! Nanti habis lewat, nak balik jam, jalan sesak, nak ambil isteri dan anak lagi. Tapi nak buat macamana? Arahan adalah arahan.

Sebaik sampai ke tempat mesyuarat saya menunggu ketibaan tuan pengerusi. Sepanjang pengalaman saya bermesyuarat, lama atau tidak perjalanan sesuatu mesyuarat bergantung kepada pengerusinya. Sebaik tuan pengerusi tiba, saya telah mencabut niat pengerusi untuk bercakap panjang (sorila boss). Itu adalah mesyuarat terpendek pernah saya hadiri. Tak sampai 20 minit, mesyuarat bersurai. Bolehla saya balik awal.

Berbalik kepada cerita penyeluk saku tadi, saya menggenggam tangan kanan saya dan berniat untuk mencabut segala niat jahat yang ada pada yang empunya tapak kaki yang semakin menghampiri saya tadi. Selepas itu, bunyi tapak kaki tersebut semakin perlahan dan tidak lagi didengari. Kebetulan ada sebuah kedai majalah dan sayapun berhenti pura-pura membelek sebuah majalah. Pada masa yang sama saya memerhatikan kebelakang dan terlihat oleh saya makhluk yang sama yang sedang memerhatikan saya di mesin ATM tadi.

Dia berhenti di hadapan satu kedai sambil memerhatikan saya dan apabila terperasan yang saya sedang memerhatikannya dia berpaling ke arah lain dan selepas itu memintas saya, yang masih berdiri di kedai majalah, dan dia meneruskan perjalanan. Mungkin kebetulan? Wallahu alam...

Read More......

Maulidul Rasul


Send this eCard !













Selamat Menyambut Maulidul Rasul 1430H

Read More......

AKAN DATANG- Pengalaman Mistik- Part 2

Read More......

Pengalaman Mistik- Part 1.

Jeans Murah?


Peristiwa ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu. Seperti kebiasaannya saya pulang dari pejabat dan tiba dirumah sekitar jam 5 petang. Sebagaimana biasa, sebaik sampai sahaja di rumah, isteri saya akan mengangkat kain yang disidai di ampaian bergerak yang diletakkan di bawah porch hadapan rumah. Tiba-tiba isteri saya kelihatan sedikit kehairanan kerana salah satu kain yang dijemur, iaitu, seluar jeans saya, tiada di atas ampaian.

Apabila dimaklumkan kepada saya, saya terpandang seluar tersebut berada di atas dahan pokok betik di tepi pagar rumah. Kejadian itu menjadi tandatanya kepada kami berdua. Bagaimanakah boleh terjadi sebegitu?

Mungkinkah ianya disebabkan oleh angin? Mungkin juga, tetapi jarak antara ampaian dan pokok adalah antara 7-8 meter. Jika angin, kenapa seluar itu sahaja yang terbang? Mengapa tidak kain-kain lain , sedangkan seluar itu disidai dibahagian tengah dan kain yang paling berat jika hendak dibandingkan dengan kain-kain yang lain. Lebih-lebih lagi, kesemua kain-kain yang disidai disepit dengan penyepit kain.

Satu lagi teori mengenai fenomena tersebut adalah, penagih dadah yang cuba mengambil seluar tersebut untuk dijual di kedai bundle. Tetapi sebaik sahaja, dilihatnya seluar itu hanyalah jeans murah yang tidak boleh dijual maka ditinggalkan sahaja pada dahan pokok di tepi pagar. Tetapi, kenapa di tepi pagar? Sepatutnya, apabila dia melihat jeans itu tidak boleh dijual, ditinggalkan sahaja pada ampaian. Itupun kalau dia sempat untuk melihat. Logiknya, seorang pencuri yang sepatutnya dalam ketakutan mesti bertindak pantas. Ambil jeans dan lari, cukup mudah, lebih-lebih lagi pintu pagar di rumah saya tidak pernah ditutup, baik siang ataupun malam.

Sang pencuri hanya perlu masuk ke kawasan rumah, melalui pintu pagar yang tidak ditutup, ambil jeans dan lari ke tempat yang selamat. Apabila sampai ke tempat itu, dengan tenang, dia boleh melihat pada keadaan jeans tersebut. Jika tidak boleh dijual boleh dibuang di mana-mana sahaja dan saya mungkin tak akan menyedarinya. Tetapi kenapa, boleh berada di dahan pokok betik di tepi pagar rumah?

Ini menjuruskan saya untuk membuat satu lagi andaian yang ada kaitannya dengan Gayong Maarifat. Setelah mendapat gerak, saya mengamalkannya setiap hari. Pada suatu hari dalam gerak, saya telah mendapat ilham untuk memagar rumah. Di dalam gerak, terbayang kalimah Allah mengelilingi rumah beberapa kali.

Oleh itu, mungkin, sang penagih yang mengambil jeans itu, setelah mengambilnya, telah gagal untuk mencari jalan keluar disebabkan oleh pagar ghaib. Sang penagih mungkin telah berlegar-legar sekeliling rumah dengan maksud untuk mencari jalan keluar. Mungkin, dia yang tahu sedikit sebanyak hal ehwal mistik telah meninggalkan jeans itu pada dahan betik di tepi pagar. Sebaik sahaja ditinggalkan jeans itu maka kelihatanlah olehnya jalan keluar...

Segalanya mungkin dengan izin Allah. Allahu Akbar. Wallahu alam...

Apakah teori anda mengenai fenomena ini? Atau, adakah anda mempunyai pengalaman supernatural yang sama ataupun lebih hebat yang ingin anda kongsi bersama? Jika ada, sila catatkan pada ruangan comment di bawah. Komen-komen anda adalah dialu-alukan. Sekian, terima kasih, ikuti catatan pengalaman saya yang lain di masa-masa akan datang, i.e, penyeluk saku, sesat, bulutangkis, tarian sufi, dll, insya Allah, akan bersambung...

Read More......

Video Aksi Dari Youtube













Read More......

Kitab Pusaka


Kata Aluan

Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah yang satu, selawat dan salam ke atas imam para muttaqin dan pemimpin kepada para mujahidin iaitu junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga baginda serta orang yang mengikut baginda hingga hari akhirat.
Dengan kebesaran, kasih sayangMu,Ya Allah, aku mohon padaMu agar Kau hulurkan taufik dan hidayahMu, serta bimbinglah aku dalam usaha menyusun "Kitab Pusaka Gerak Laksamana" ini, semoga tidak menyeleweng dari kehendakMu Ya Allah.


Di dalam kitab ini terkandung amalan zikir (wirid) dan doa yang memberi manfaat kepada pengamalnya dunia dan akhirat.
Wahai murid-murid ustaz yang dikasihi, beramallah dengan tekun. Semoga kamu beroleh faedah dan terselamat dari bencana dunia dan akhirat.


Apabila beramal dengan "Kitab Pusaka Gerak Laksamana" ini, hendaklah kamu pelihara akhlak/ 7 pancaindera, baiki hubungan dengan Allah s.w.t.,/ hubungan dengan guru (khalifah)/ ibubapa/ manusia.Selalulah bersikap sabar/ sangka baik sesama makhlik/ jangan gopoh, banyak berfikir sebelum bertindak terhadap sesuatu.
Ya Allah, berkatilah usaha hambaMu ini yang kini menjadi kadamMu Ya Rabbi, Ya Rahman.


USTAZ AZAM AL-QADARIAH.


Pengasas

USTAZ AZAM
Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.
(Khalifah Perang Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia yang bergelar Dato' Panglima Besar Panji Alam)

Perhatian:-
Jika anda mengasihi guru anda, apabila membuka posting ini hadiahkan 1x Al-Fatihah kepadanya.



Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang Darul Makmur. Datuk sebelah ayah dan ibunya merupakan orang lama dalam alam persilatan dan moyang beliau Sultan Abdul Jalil yang berasal dari Sumatera merupakan orang kuat dalam dunia silat dan alam kerohanian. Mungkin kerana Takdir Allah S.W.T. atau memang kerana pertalian darah pendekar yang telah mengalir didalam tubuh pengasas Seni Silat Gayong Maarifat, membuatkan beliau tertarik hati untuk meneroka alam persilatan melayu dan dunia kerohanian sehinggalah beliau merasa bersedia untuk menerajui perguruan sendiri bagi mendidik anak bangsa melayu dan nusantara untuk mengenali dunia persilatan melayu.

Maka telah tercipta dalam sejarah persilatan melayu pada awal tahun 1990, lahirlah sebuah perguruan silat yang dinamakan "PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT" dan rasmilah Ustaz Shamsulazam bin Zulkifli atau dikenali dengan nama Ustaz Azam dilantik sebagai Khalifah Perang Seni Silat Gayong Maarifat dengan membawa gelaran DATO' PANGLIMA BESAR PANJI ALAM.


Sejarah


Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia telah diasaskan oleh Ustaz Azam pada awal tahun 1990-an di Bentong, Pahang Darul Makmur.

Seni Silat ini merupakan gabungan dua jenis aliran persilatan dari Sumatera dan Demak, Jawa Tengah yang dipelajari oleh Ustaz Azam sewaktu zaman mudanya. Aliran dua persilatan yang dielajari ini merupakan dua jenis silat tua di daerah masing-masing.

Oleh kerana silat ini banyak menggunakan kaedah kebatinan atau kerohanian dan tenaga dalam di samping konsep tawakkal kepada Allah yang sangat dititikberatkan oleh Ustaz Azam dalam setiap gerak silatnya, maka Ustaz Azam telah mendapat ilham untuk menamakan silat ini, Seni Silat Gayong Maarifat.

Gabungan seni silat dari Sumatera dan Demak, Jawa Tengah telah menghasilkan suatu aliran silat yang canggih, mendidik, mendisiplinkan murid, mendekatkan diri kepada Allah serta unik. Pegangan akidah ahli perguruan ini tidak lari dari fahaman ahli sunnah waljamaah dan mentauhidkan Allah.

Insya Allah anda akan diberkati Allah kerana menyertai Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.


Tujuan Dan Matlamat


1. Menghidupkan dan mengembangkan warisan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia kepada masyarakat dan menaikkan tarafnya di mata dunia.

2. Memupuk dan memelihara nilai-nilai kesenian persilatan dan budaya melayu yang bersesuaian.

3. Membanteras serta membasmi kepercayaan tahyul dan kurafat yang tidak bersesuaian dengan iktikad Islam.

4. Menanam sifat Berdikari, ketahanan mental dan kecergasan diri.

5. Mempertinggikan dan menghalusi nilai-nilai akhlak yang sempurna dan terpuji serta berperibadi tinggi.


Sumber: Kitab Pusaka Gerak Laksamana: 2001

Read More......
 

Sejak 16 Feb 2009

Free Counters
lasting relationship